Geely Bakal Lancar Sedan Hibrid Jarak Jauh, Lebih 2,100km Sekali Isi

oleh Qalif Latif|
Geely terus memperkukuh kedudukannya dalam pasaran kenderaan tenaga baharu (NEV) dengan mendedahkan spyshot model sedan hibrid terbaharu yang dikatakan mampu mencapai jarak pemanduan gabungan melebihi 2,100 km satu pencapaian luar biasa dalam era elektrifikasi automotif.

Geely Galaxy

Daripada sudut sisi, sedan ini memperlihatkan profil yang kemas dengan garis bahu lurus, rim berbilang jejari, dan pemegang pintu konvensional mengekalkan keseimbangan antara gaya futuristik dan praktikaliti. Di belakang, rekaan lampu belakang lebar dengan tandatangan pencahayaan baharu memberi identiti tersendiri, berbeza dari model Galaxy sedia ada.

Apa yang benar-benar mencuri perhatian adalah janji prestasi sistem hibrid canggih yang dikenali sebagai Thor Super Hybrid (EM). Walaupun spesifikasi rasmi masih belum diumumkan, besar kemungkinan model ini bakal menggunakan sistem yang sama seperti Galaxy Starshine 8 – yang menggunakan enjin 1.5L dengan kombinasi motor elektrik. Versi EM-i mampu menghasilkan kuasa sehingga 257 kW dan jarak elektrik sekitar 130 km, manakala versi EM-P pula menawarkan 280 kW kuasa gabungan dan tork setinggi 605 Nm.

Geely Galaxy

Ketua Pegawai Eksekutif Geely Auto Group, Gan Jiayue, mengesahkan bahawa Galaxy akan memperkenalkan dua model utama tahun ini sedan baharu ini dijangka menjadi salah satunya bersama Galaxy Starshine 8. Keseluruhan pelan ini adalah sebahagian daripada strategi dua rangkaian Geely iaitu A-network dan Star-network, yang menekankan kecerdasan buatan, integrasi digital, serta prestasi tenaga bersih.

Macam mana dengan Proton? Nak bawa model ini ke pasaran Malaysia?

Berita Berkenaan

Berita Global
Sistem tersebut dijangka akan digunakan secara meluas pada model utama seperti Geely Monjaro dan…
Berita Global
Maklumat ini didedahkan menerusi laporan industri automotif global yang memetik kenyataan…
Berita Global
Geely memaklumkan rekod ini sebenarnya dicapai pada 27 Oktober lalu, namun dikongsikan semula baru-…