Geely Auto untung RMB 4.34b (RM 2.79b) 6 bulan pertama 2017

oleh Muhammad Md Tajudin|
Geely Auto untung RMB 4.344b (RM 2.79b) pada 6 bulan pertama 2017
Geely Auto untung RMB 4.344b (RM 2.79b) pada 6 bulan pertama 2017
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Geely Auto pada 16 Ogos lalu telah mengeluarkan laporan kewangan enam bulan pertama 2017 yang menunjukkan pertumbuhan pendapatan kukuh.

Prestasi kewangan

Dalam tempoh tersebut hasil syarikat telah mencecah RMB 39.424 bilion (RM 25.369 bilion), meningkat 118% dari tempoh yang sama pada tahun lalu.

Keuntungan pula berjumlah RMB 4.344 bilion (RM 2.795 bilion), meningkat 128% dari tempoh yang sama tahun lalu.

Margin Keuntungan Kasar bagi separuh tahun pertama 2017 adalah 19.2%, peningkatan 8% dari tempoh yang sama tahun lepas.

Pendapatan sesaham (Diluted Earnings per Share, EPS) mencapai 47.68, peningkatan sebanyak 120% dari tempoh yang sama pada tahun lepas.

Kenderaan Generasi 3.0 & Prestasi jualan

 

Geely Auto untung RMB 4.344b (RM 2.79b) pada 6 bulan pertama 2017

 

Kenderaan generasi ketiga Geely Auto (generasi 3.0) telah dilancarkan pada Disember 2014. Model-model baharu itu telah berjaya meningkatkan daya saing syarikat, pendapatan operasi, keuntungan, dan imej jenama.

Geely Auto telah menjual sebanyak 530,627 unit kenderaan dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2017, peningkatan 89% dari tempoh yang sama tahun lepas.

Model Generasi 3.0 dibina berdasarkan misi "Menghasilkan Kereta yang Diperhalusi untuk Semua" dan ia dibuktikan melalui pelancaran empat model baharu iaitu, SUV Bo Yue SUV, Geely GC9, Emgrand GS dan Emgrand GL yang telah menunjukkan prestasi sangat baik.

Taruhan Geely dalam segmen SUV benar-benar berbaloi apabila ia mencatat pertumbuhan jualan yang luar biasa pada separuh tahun pertama 2017.

SUV Bo Yue, Emgrand GS, dan Vision SUV telah terjual sebanyak 233,482 unit.

Geely Bo Yue (versi Proton tahun depan) paling laris dengan jualan mencecah 116,932 unit, peningkatan sebanyak 509% dari tempoh yang sama pada tahun lepas.

Dalam segmen sedan, Geely Auto telah menjual sebanyak 292,314 unit pada separuh pertama 2017 yang terdiri dari Emgrand sebanyak 117,718, Emgrand GL (segmen A+) sebanyak 45,486 dan 16,404 unit Geely GC9.

Dalam segmen tenaga baharu pula, Emgrand EV telah terjual sebanyak 7,982 unit pada separuh pertama 2017, menjadikannya salah sebuah model EV paling laris di China.

Geely Auto terus mengekalkan keseimbangan di antara segmen sedan dan SUV dengan peningkatan pegangan pasaran China kepada 5%.

Mahu jual 1.1 juta unit kenderaan dan lancar SUV baharu

 

Geely Auto untung RMB 4.344b (RM 2.79b) pada 6 bulan pertama 2017

 

Geely Auto kekal berada di landasan untuk mencapai sasaran jualan tahunan sebanyak 1.1 juta unit.

Sasaran itu direncana untuk dicapai melalui model-model baharu yang telah dan bakal dilancarkan pada tahun ini.

Pada 1 Ogos lalu, Geely telah melancarkan GC9 tahun 2017 di China dan sebuah lagi crossover SUV tidak lama lagi.

Selain itu, pada suku keempat tahun ini Geely Auto akan melancarkan SUV serba baharu serta produk utama bagi model tahun 2018 seperti New Emgrand, New Vision dan Vision SUV.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Geely Auto untung RMB 4.344b (RM 2.79b) pada 6 bulan pertama 2017

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Global
Beliau mendedahkan bahawa Geely Auto akan menggabungkan platform Cell-to-body (CTB) generasi baharu…
Berita Global
Kini, Geely baru sahaja melancarkan EV pertama di bawah jenama mereka sendiri iaitu Geely Galaxy E8…