Geely Auto umum usahasama baharu dengan Aisin AW

oleh Mohamad Hanif|
Geely Auto Holding Group Limited mengumumkan usahasama baharu bersama Aisin AW Company Limited (Aisin) bagi menghasilkan kotak gear enam kelajuan di samping alat ganti dan jualan.

Usahasama ini mensasarkan penghasilan sebanyak 400,000 unit setahun.
Kawasaki Legend Reborn

Dibawah perjanjian ini, usahasama itu akan melibatkan modal berdaftar bernilai US $117 juta. Aisin bakal menyuntik dana sebanyak US $70 juta dengan perkongsian sebanyak 60%, manakala Geely bakal melaburkan US $46.80 juta dan menerima sebanyak 40% perkongsian saham.
 


Aisin yang ditubuhkan pada tahun 1969 kini menjadi satu jenama terkenal dengan pembangunan dan penghasilan transmisi automatik kerana pegangannya yang terbesar di dalam pasaran transmisi kenderaan di dunia.

Dengan dua strategi utama Geely iaitu 20200 Strategy dan Blue Geely Initiative, Geely kini menghadapi masalah permintaan yang besar terhadap transmisi automatik enam kelajuan dengan kapasiti pengeluaran terkini Geely tidak mampu untuk memenuhi keperluan tersebut. 
 


Di bawah usahasama ini, Geely dibenarkan untuk memperkenalkan produk baharu yang lebih memenuhi kehendak pelanggan ditambah dengan pemanduan yang mantap, selesa serta menawarkan penggunaan bahan api yang efisien. 

Geely juga mampu mengambil bahagian di dalam pengurusan operasi seterusnya mengurangkan kos pembelian produk dan meningkatkan tahap kecekapan.

An Conghui, Presiden dan CEO Kumpulan Geely Auto berkata: "dengan menubuhkan kerjasama baharu dengan Aisin, kami akan mampu meningkatkan kemampuan teras Geely di dalam pembangunan serta penghasilan sistem pacuan (powertrain), di samping mempercepatkan 20200 Strategy dan Blue Geely Initiative

"Kini, kedua-dua belah pihak akan mampu bekerjasama di dalam pembangunan teknologi (transmisi) dan aplikasi bagi mewujudkan pengkongsian strategik jangka panjang," tambah beliau mengakhiri bicara. 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
  Itulah yang dikatakan oleh Peter Horbury, Ketua Rekabentuk untuk Kumpulan Geely semasa…
Berita Global
Berucap ketika di Beijing International Auto Show 2018, An Conghui, Presiden dan CEO Kumpulan Geely…