Geely akan gunakan Proton untuk tembus pasaran Australia dan RHD

oleh HEZERI SAMSURI|
Proton bakal kembali ke Australia dengan model-model Pandu Kanan (RHD) Geely dan ia juga memberikan petanda bahawa Geely sudah mula mengintai pasaran global untuk RHD juga.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan laman web Motoring dari Australia, Geely akan menggunakan Proton untuk membina varian RHD untuk model-model baharu mereka dan ia akan dieksport dari Malaysia ke negara-negara tersebut, termasuk Australia.

Menurut Ashley Sutcliffe, Pengarah Perhubungan Awam untuk Geely International, Proton adalah calon paling sesuai untuk pembangunan varian RHD bagi Geely kerana ia mempunyai pengalaman di dalam pembangunan kenderaan, terutama dalam bidang casis dan platform.

"Contoh terbaik ialah Geely banyak menggunakan Malaysia untuk ujian musim panas bila China mengalami musim dingin."

"Malaysia mempunyai pelbagai fasiliti dan juga kemahiran." ujar Ashley.


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Global
Beliau mendedahkan bahawa Geely Auto akan menggabungkan platform Cell-to-body (CTB) generasi baharu…
Berita Global
Kini, Geely baru sahaja melancarkan EV pertama di bawah jenama mereka sendiri iaitu Geely Galaxy E8…