Gedung dalam talian G-SHOCK, BABY-G kini rasmi dibuka

oleh Mohamad Hanif|
Casio Malaysia baru-baru ini secara rasmi melancarkan laman web gedung dalam talian baharu yang bakal menawarkan perkhidmatan jualan yang lebih menyeluruh kepada pelanggan di Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Laman web yang mesra pengguna ini membolehkan para peminat jam tangan G-SHOCK dan BABY-G untuk melakukan pencarian produk dengan lebih mudah, di mana platform bersepadu pintar ini juga turut menggandingkan khidmat transaksi tanpa gangguan, sejarah pembelian, saluran pembayaran, khidmat penghantaran dan pemulangan semula produk, serta sokongan pelanggan.

Casio Malaysia juga turut memperkenalkan Casio ID Membership yang menawarkan ganjaran eksklusif seperti acara khas dan promosi, di mana rakan Casio ID juga boleh menjadi antara yang pertama mendapat informasi produk terkini serta ketibaan produk baharu.
 

casio


Selain daripada itu, rakan Casio ID juga boleh mencipta satu laman khas koleksi produk Casio yang boleh diperibadikan.

Seperti yang disebutkan dalam laporan terdahulu, laman web ini hanya menawarkan produk-produk jam tangan dari siri G-SHOCK dan juga BABY-G sahaja buat masa ini.

Pihak Casio Malaysia menjamin semua produk yang dijual menerusi gedung dalam talian ini adalah 100 peratus tulen dan dijamin oleh pengeluar.

 

 

Gedung dalam talian tersebut boleh dilayari menerusi laman web https://www.casio.com/my/watches/