Gazoo Racing Team Thailand menang berganda di ADAC Total 24 Hours of Nurburgring 2021!

oleh Mohamad Hanif|
Meskipun menghadapi cabaran besar untuk perlumbaan tahun ini seperti hujan lebat dan kabus tebal, pasukan Toyota Gazoo Racing Thailand berjaya merangkul tempat pertama di dalam perlumbaan ADAC Total 24 Hours of Nurburgring 2021.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Jentera Toyota Corolla Altis GR Sport #119 dan #120 yang dikuasakan oleh produk 300V Motul sebagai pelincir pilihan menduduki podium berganda di dalam kelas perlumbaan SP 3 di Litar Nurburgring Nordschleife.

Pasukan Thailand tersebut menyertai perlumbaan endurance 24 jam buat kali pertama pada tahun 2014, dan tahun 2020 menyaksikan kedua-dua jentera pasukan tersebut berjaya menduduki tangga pertama dan kedua di dalam kelasnya, sekaligus meraih kemenangan pertama untuk perlumbaan edisi ke-48 itu.

Disebabkan kadar penglihatan yang rendah ditambah pula dengan hujan lebat yang mengakibatkan beberapa insiden kemalangan, ia memaksa pihak penganjur untuk menangguhkan sementara perlumbaan selepas enam jam.

 


Hanya selepas jeda masa 14 jam - paling lama di dalam sejarah Nurburgring, jentera #120 memulakan kembali perlumbaan dari petak pertama serta mengekalkan kedudukan sehingga bendera dikibarkan.

Sementara jentera #119 pula menamatkan kedudukan di tempat ketiga, sekaligus memperkukuhkan kemenangan pasukan Toyota Gazoo Racing Team Thailand di dalam kelas SP 3.

Berikut merupakan keputusan perlumbaan:

#120 Toyota Gazoo Racing Team Thailand Corolla Altis GR Sport – P1 dalam kelas SP 3, P73 Keseluruhan (47 pusingan lengkap, pusingan terpantas – 10:18.039)
Grant Supaphongs | Chen Jian Hong | Naoki Kawamura

#119 Toyota Gazoo Racing Team Thailand Corolla Altis GR Sport – P3 dalam kelas SP 3, P87 keseluruhan (45 pusingan lengkap, pusingan terpantas – 10:00.596)
Suttipong Smittachartch | Nattavude Charoensukhawatana | Manat Kulapalanont | Nattapong Harthongkum

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Siri ini kembali dengan hadiah wang berjumlah RM630,000, menjadi lebih rancak dengan pengenalan…
Sukan Bermotor
Bukan itu sahaja, ia juga turut menjadi asas kepada pembangunan jentera rali GR Yaris Rally1 yang…
Berita Global
Setiap satu dijual pada harga bermula dari €42,490 (RM216,333).   Toyota GR Yaris WRC boleh…