Gazoo Racing Ganu Race 2 - Penuh aksi himpit 

oleh HEZERI SAMSURI|
Semalam berakhir sudah perlumbaan kedua untuk Musim 2 dalam acara Vios Challenge bagi siri Toyota Gazoo Racing Festival di Kuala Trengganu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Keputusan perlumbaan kedua (Race 2) memang berbeza dari perlumbaan pertama (Race 1) hari Jumaat lalu. Di bawah ialah intipati ketiga-tiga kategori perlumbaan.

 

 

Kelas Super Sporting (pelumba profesional)

Kategori untuk pelumba profesional ini memang sangat agresif.

Keadaan trek yang sempit dan berliku menambahkan potensi kesemua 14 kenderaan itu bergesel sesama sendiri sebelum sampai ke Selekoh 1 lagi!

Keifli Othman dan Kenny Lee contohnya terus bersentuhan sebaik sahaja lampu hijau menyala, menyebabkan kedua-dua pelumba terkenal itu terkeluar terus dari perlumbaan.

Juga terkeluar ialah Eddie Liew yang melanggar tembok dan hasilnya safety car terpaksa mengetuai perarakan Vios-Vios itu untuk tiga lap yang pertama kerana proses membersihkan trek terpaksa dilakukan.

 

bamper melayang

 

Pemandu pasukan M7 Racing, Syafiq Ali terus merampas tempat pertama.

Syafiq dicabar oleh Mark Darwin dari Dream Chaser dan William Ho yang bermula di petak keenam.
William berjaya memotong Mark dan cuba mengejar Syafiq, tetapi ternyata Syafiq mengekalkan sikap bersahaja beliau untuk terus merenggang jarak antara Vios beliau dan William.

Namun begitu, William dari pasukan Revo Technik Malaysia itu merangkul juara keseluruhan Pusingan Pertama dari kiraan mata untuk Race 1 dan Race 2.

Perlumbaan kategori Super Sporting yang sering menjadi tumpuan kerana aksi ganas oleh pemandu-pemandu yang berani, walaupun kenderaan itu milik pasukan persendirian atau milik mereka sendiri!

 

 

Kelas Sporting (pelumba amatur)

Tidak ada banyak aksi ganas kali ini dan perlumbaan 22 pusingan (lap) itu ditamatkan awal kerana hujan turun semasa Lap 15.

Pemandu pasukan Nanoplus, Patrick Tam mengetuai perlumbaan dari awal sehingga ke akhir, diikuti oleh Dannies Ng KHai dari Revo Technik Malaysia dan Vincent Ng di tempat ketiga.

Patrick memandu dengan cermat dan berjaya mengelakan sebarang kecederaan pada Vios beliau.

Pemenang Race 1 hari Jumaat lalu, selebriti Shawn Lee menamatkan perlumbaan pada tempat ketujuh walaupun bermula dari tempat kelapan.

Undang-undang perlumbaan ini ialah pemenang Race 1 akan bermula di petak belakang untuk Race 2.
Sukri Yahaya sekali lagi tidak dapat menghabiskan perlumbaan kerana Vios beliau tercedera pada Lap 6.

 

 

Kelas Promotional (jemputan VIP dan selebriti)

Jika Race 1 menyaksikan Diana Danielle menjadi pemenang, Race 2 melihat ketiga-tiga kenderaan di hadapan dipandu oleh muka-muka baharu.

Akhirnya Akim Ahmad muncul juara, diikuti dengan rapat oleh Aiman Tino dan Nabil Ahmad.

Penyanyi Wany Hasrita yang bermula dari petak pertama tidak dapat memulakan perlumbaan dengan baik kerana mati enjin, mengakibatkan kekalutan di kawasan grid.

Timbalan Pengerusi UMW Toyota, Akio Takeyama terus memotong Wany dan mengetuai gerombolan Vios itu untuk seketika sebelum dipotong oleh Akim pada selekoh terakhir semasa Lap 1.

Akim terus ke hadapan sehingga berjaya meletakan Vios beliau 20 saat di hadapan tempat kedua.
Aiman Tino dan Nabil Ahmad melakukan aksi kejar-mengejar untuk merebut tempat kedua dan ketiga dalam kesemua 22 pusingan perlumbaan lewat petang semalam.

Diana Danielle mengalami masalah teknikal dan terpaksa memandu dengan cermat supaya Vios beliau sampai ke garisan penamat.

 

 

Walaupun ramai yang beranggapan kelas selebriti ini tidak pandai memandu dan boleh merosakan kenderaan lumba yang ditaja, sebenarnya peningkatan pemanduan selebriti ini sangat boleh dibanggakan. 

Mereka juga diberi amaran keras untuk memastikan Vios yang dipandu itu perlu menghabiskan pusingan, bermakna ia tidak boleh rosak teruk sehingga terpaksa keluar dari perlumbaan.

Secara keseluruhan, litar Kuala Trengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin ini memang menarik dan mempunyai tempat-tempat strategik untuk orang awam hadir dan menyaksikan perlumbaan tersebut.

Suasana karnival kali ini kurang meriah kerana tidak banyak bahan pameran dan juga aktiviti.

 

 

Temuramah Careta bersama ramai penonton yang hadir pula mendapati tidak cukup promosi dilakukan di negeri Trengganu. 

Ramai yang cuma tahu akan adanya acara itu selepas melihat ia viral di media sosial.

Ada juga yang berkata kandungan promosi yang diterima cuma dalam Bahasa Inggeris dan ia tidak menarik minat masyarakat setempat.

Perlumbaan seterusnya akan berlangsung pada bulan September ini di MAEPS, Serdang, Selangor. Ia akan diikuti oleh Stadium Batu Kawan di Pulang Pinang bulan Februari tahun hadapan dan berakhir di Litar Sepang pada April 2019.

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
  2023 merupakan tahun mencabar yang menyaksikan pemberian paten menurun tiga peratus merentasi…