Gazoo Bandar Malaysia - 10,000 hadir!

oleh HEZERI SAMSURI|
Pusingan 2 festival Toyota Gazoo Racing dan perlumbaan Toyota Vios Challenge di Bandar Malaysia berakhir dengan kehadiran 10,000 penonton semasa dua hari ia berlangsung.

Ia juga kali pertama perlumbaan kereta salun diadakan di lokasi menarik itu.

Kelas Sporting

Sutan Mustaffa Salihin dari SMS Motorsports merangkul juara untuk perlumbaan Pusingan 2.

Di belakang beliau ialah pelumba berusia 17 tahun, Bradley Benedict Anthony dari Dream Chaser dan di tempat ketiga Dannies Ng.

Perlumbaan semalam menunjukan persaingan sengit antara Sutan dan Bradley dan penonton kaget melihat aksi-aksi berani mereka berdua.

Kelas Super Sporting

Kenny Lee dari Kegani Racing berjaya menyekat kemaraan Tengku Djan Ley dari 23 Motors untuk memenangi perlumbaan dua kali berturut-turut.

Tempat ketiga ialah pemandu Laser Motor Racing, Mark Darwin.

Djan menunjukan pengalaman itu penting dan beliau melonjak naik dari petak keenam semasa permulaan kepada tempat kedua.

"Perlumbaan semalam adalah kombinasi antara tuah dan strategi. Tuah kali ini memainkan peranan penting kerana satu insiden berlaku di hadapan saya dan melonjakkan saya dua tempat di hadapan," terang Djan.

 

 

Kelas Promotional

Kategori selebriti ini turut penuh dengan aksi dan drama.

Nabil Ahmad melonjak ke tempat pertama dari petak keempat di grid.

Khai Bahar berada di tempat kedua dan Nabila Razali di tempat ketiga.

Shukri Yahaya pula hampir mengecap tempat ketiga tetapi kesilapan menganggar tempat brek menyebabkan Shawn Lee memintas beliau.

Diana Danielle pula dilanggar oleh Syafiq Kyle dan Vios Diana terus terpusing.

Ketua Pegawai Sukan Permotoran UMW Toyota, Akio Takeyama berjaya mengakhiri perlumbaan di petak kelima dan beliau memandu dengan lancar.

Di bawah ialah keputusan penuh Perlumbaan 2 di Vios Challenge semalam.

 

KELAS PROMOTIONAL
1. Nabil Ahmad
2. Khai Bahar
3. Nabila Razali
4. Wany Hasrita
5. Akio Takeyama

KELAS SPORTING
1. Haji Sutan Mustaffa Salihin    SMS Motorsports
2. Bradley Benedict Anthony      Dream Chaser
3. Dannies Ng            
4. Adam Khalid                           Crestmax Motorsports
5. Tom Goh                                 S&D Tama Motorsports

SUPER SPORTING 
1. Kenny Lee                              Kegani Racing
2. Tengku Djan Ley                    23 Motors
3. Mark Darwin                           Laser Motor Racing
4. Syafiq Ali                                M7 Japan Project Team
5. Brendan Paul Anthony           Dream Chaser

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini kerana model baharu itu dilihat mempunyai kedudukan penderia yang hampir sama dengan model…
Berita Global
CEO baharu Toyota, Koji Sato dalam satu kenyataan mendedahkan bekas CEO terdahulu, Akio Toyoda kini…
Berita Global
Model pacuan roda belakang tersebut dibangunkan menerusi kerjasama dengan BMW, di mana ia banyak…