Gayakan anak anda dengan stroller bayi daripada Mercedes-Benz

oleh Mohamad Hanif|
Untuk golongan ibu bapa yang ingin tampil bergaya bersama bayi mereka, Mercedes-Benz hadir dengan sebuah produk kereta bayi (stroller) yang dibangunkan bersama syarikat Hartan, pakar di dalam produksi barangan kanak-kanak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut pengeluar tersebut, penghasilan stroller tersebut dibuat dengan berhati-hati mengikut piawaian yang ditetapkan dari segi pemilihan bahan dan kualiti produksi, dan turut sama disahkan oleh German Association for Technical Inspection (TUV).

Dengan berat sekitar 8.9 kg sahaja dan tempat duduk GTX, stroller ini menggunapakai tayar jenis air-chamber Solight Ecco bagi memudahkan pergerakan di atas pelbagai permukaan jalan, dan dihiasi dengan rim dua tona 5 spoke AMG - rekaan yang ada pada C-Class.
 


Ciri keselamatan praktikal yang lain turut tersedia seperti brek parkir, pemegang handlebar teleskopik, ruang barang, perehat kaki yang boleh dilaras ketinggian, reflektor keselamatan, dan juga pelindung sinaran suria boleh lipat. 

Mercedes mendatangkan tiga varian iaitu: 

  • Dessin Sport - carrier berwarna iridium silver
  • Dolce Vita - carrier berwarna Arsenica
  • Dessin Deep Sea - carrier berwarna Seaskin

Tidak cukup setakat itu, Mercedes turut menawarkan beberapa aksesori menarik seperti payung, pelindung angin, head restrain serta organizer yang mampu memuatkan beg dompet dan peranti pintar. 

Stroller ini dijangka memasuki pasaran bermula November ini. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kerjasama antara Mercedes-AMG dan Hartan kini membuahkan sebuah lagi produk stroller edisi terhad,…