GAYA LELAKI: Cara menjaga jam tangan

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Peminat jam ialah seorang yang meminati jam tangan dan tidak hanya taksub ke satu jenama sahaja.

Mereka ini mungkin tertarik kepada sejarah jenama jam itu sendiri, mutu hasil kerja seni dan juga bentuknya.

Pastinya, peminat jam tangan ada menyimpan beberapa jam yang digunakan untuk acara atau majlis yang sesuai.

Namun begitu, cara menyimpan jam tidak hanya cukup sekadar membeli kotak jam itu sahaja.

Kami kongsikan cara menjaga koleksi jam-jam tangan anda agar ia kekal lebih lama tanpa sebarang masalah.

 

 

1. Pastikan jam tangan sentiasa bersih

  • Tidak ada jam yang boleh tahan debu, kekotoran dan daki kulit dan kerana itu jam perlu dibersihkan setiap beberapa bulan, bergantung kepada kekerapan penggunaan anda dan cara penggunaan.
  • Jika jam anda kalis air, gunakan berus gigi dan air yang bersabun (guna sabun untuk tangan, bukan sabun Cap Kapak).
  • Jika jam anda menggunakan tali kulit, jangan kenakan ia pada air langsung kerana ia akan berkedut dan nampak hodoh.

 

 

2. Tempat menyimpan

  • Memang mudah untuk mencampakkan jam ke dalam laci sebelum tidur tetapi ia akan menyebabkan calar-calar yang tidak anda ingini.
  • Gunakan uncang kain atau kotak simpan jam yang direka khusus untuk fungsi itu.
  • Jika anda mempunyai jam jenis automatik, gunakan alat "winder" yang berbentuk seperti lengan anda dan sentiasa bergerak untuk memastikan anda tidak perlu membuat tetapan (set) waktu setiap kali anda mahu menggunakannya.

3. Kesan magnet

  • Ramai yang tidak sedar bahawa jam analog mempunyai komponen besi yang boleh bertindak-balas dengan magnet dalam jangka masa panjang.
  • Antara punca magnet yang sering menggangu perjalanan jam automatik ialah magnet dari pembesar suara sistem audio dan peti sejuk. 
  • Oleh itu, jangan sering meletakkan jam tangan anda di atas kotak pembesar suara atau di atas peti sejuk.
  • Sekiranya komponen jam anda sudah ter-magnet, pergi ke kedai jam dan minta mereka nyah-magnet (demagnetise) jam anda.

 

 

4. Air musuh utama

  • Walaupun jam anda kalis air dengan kedalaman 10 km pun, air tetap mampu masuk dan melekat di celah-celah badannya.
  • Baik air laut atau air berklorin (kolam renang) sekalipun, bilas dengan air paip dan lap hingga kering.
  • Jam skuba yang mahal dan serius juga perlu diservis kerana lapisan pengadang getah (rubber seal) di dalamnya boleh rosak dan mengeras selepas beberapa tahun.

5. Pemeluapan

  • Seperti lampu kereta anda, pemeluapan turut berlaku pada jam. 
  • Jika ia berlaku, kemungkinan ada pengadang getah yang sudah reput dan merekah.
  • Tidak ada cara lain untuk membaiki kecuali jam tangan anda dihantar kepada pakar.

 

 

6. Komponen boleh haus

  • Jam analog mempunyai ratusan komponen seperti gear, pinion, aci dan spring. 
  • Tidak kira quartz, automatic atau dikunci, komponen-komponen itu akan disapu dengan minyak pelincir.
  • Selepas beberapa tahun, pelincir akan kering dan komponen-komponen itu akan mula bergeser antara satu sama lain.
  • Bila ini berlaku, kadar waktu sudah kurang tepat (sentiasa lambat). 
  • Hanya ada satu cara untuk membaikinya - hantar kepada pakar jam tangan untuk disapu pelincir.

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio pada asalnya mengeluarkan Casiotron pada tahun 1974, mencipta kejayaan dengan jam tangan…
Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Casio Edifice ECB-2200HTR ini membawakan semangat Honda Type R menerusi pemilihan warna, bahan dan…