Gaussin dedah H2 Racing Truck - trak lumba Rali Dakar 100 peratus berkuasa hidrogen!

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Perancis, Gaussin baru-baru ini memperlihatkan sebuah trak lumba yang menggunakan 100 peratus tenaga hidrogen, dinamakan sebagai H2 Racing Truck.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Direka untuk bertempur dalam World Rally-Raid Championship, Gaussin H2 Racing Truck ini bakal menjadikan Rali Dakar 2022 sebagai pentas permulaan, di mana data yang dikumpul akan digunakan untuk pembangunan trak jalanan yang dijadualkan berlangsung pada tahun 2022.
 

H2


Mengikut spesifikasi, H2 Racing Truck ini didatangkan dengan motor elektrik berkembar, setiap satu mampu menghasilkan kuasa setinggi 402 hp.

Pek bateri berkapasiti 82 kWh, sementara unit sel bahan api hidrogen pula berkeupayaan untuk membawa muatan bahan api seberat 80 kg.

Menurut Gaussin, ketika fasa perlumbaan trak tersebut akan bergerak sepantas 140 km/j, di mana mereka menjangkakan trak ini mampu mencapai jarak sejauh 250 km dengan pengisian bahan api selama 20 minit.
 

H2


Untuk barisan trak kegunaan umum, Gaussin menawarkan dua trim, di mana versi jarak jauh berkeupayaan untuk mencapai perjalanan sehingga 800 km menerusi pengisian bahan api hidrogen selama kurang 20 minit.

Sementara versi jarak dekat pula akan menggunakan kuasa bateri semata-mata dengan jarak 400 km untuk sekali cas penuh dan menampilkan sistem bateri yang boleh ditukar ganti dalam masa sekitar tiga minit sahaja.

Sama seperti H2 Racing Truck, trak versi produksi Gaussin direka oleh Pininfarina.