GasGas lancar dua model MC 250 F, EC 350 F, dari RM39,800

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah jenama baharu GasGas kini memasuki pasaran Malaysia dengan membawakan dua buah model dalam segmen berbeza, iaitu motosikal enduro EC 350 F dan motocross MC 250 F.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

GasGas MC 250 F

MC 250 F


Model MC 250F menggunakan enjin silinder tunggal bersesaran 249.9 cc empat lejang yang dibantu dengan sistem pengurusan enjin Keihin.

Nadi tersebut dipadankan dengan transmisi manual lima kelajuan, dengan sistem klac basah multi-disc DS dan sistem hidraulik Brembo.

Aspek kawalan jentera ini dibantu dengan sistem brek cakera 260 m di depan dan 220 mm di belakang, sementara sistem suspensi pula menggunakan fork USD WP XACT berdiameter 48 mm (jarak pergerakan 310 mm), diikuti penyerap hentak tunggal WP XACT (jarak pergerakan 300 mm).

Kapasiti tangki adalah sebesar tujuh liter sementara ketinggian pelana pula adalah sekitar 950 mm.

Harga jualan dari RM39,800.

 

GasGas EC 350 F

EC 350 F


Jentera enduro EC 350 F ini menggunakan nadi silinder tunggal dengan sesaran 349.7 cc, sistem pengurusan enjin Keihin, serta penggunaan klac basah DDS dan hidraulik Braktec.

Ia menggunakan rangka keluli jenis central double-cradle 25CrMo4, sistem suspensi depan USD 48 mm WP XPLOR serta penyerap hentak tunggal WP XACT di bahagian belakang, masing-masing dengan jarak pergerakan suspensi sepanjang 300 mm.

Sistem brek cakera digunakan di bahagian depan dan belakang, masing-masing dengan saiz rotor 260 mm dan 220 mm.

Kapasiti tangki adalah sebesar 8.5 liter sementara ketinggian pelana pula adalah sekitar 960 mm.

Harga jualan EC 350 F bermula dari RM48,000.