Gas cecair pembasmi kuman bocor, teksi Proton Exora meletup

oleh SALINA JALIL|
Seorang lelaki cedera selepas teksi dipandunya meletup dipercayai berpunca daripada kebocoran gas cecair pembasmi kuman dan penggunaan pemetik api dalam kejadian di Jalan CTA 4 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di Sepang pada Sabtu.



Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian terbabit kira-kira jam 3.30 petang mengenai sebuah teksi jenis Proton Exora meletup semasa sedang bergerak.

 

"Siasatan pihak bomba di tempat kejadian mendapati ia berpunca daripada gas cecair pembasmi kuman yang bocor dan ketika itu pemandu sedang menggunakan pemetik api untuk membakar rokok.


"Teksi tersebut dikatakan dalam perjalanan pulang selepas menghantar penumpang di KLIA," katanya.

 

Beliau berkata, pemandu berusia 64 tahun dilaporkan mengalami lecur ringan pada lengan dan muka.
 

Katanya, mangsa warga tempatan itu kemudian dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

 

 

Sinar Harian
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ini adalah selari dengan laporan terdahulu di mana Proton sedang membuat penyusunan semula…
Berita Domestik
Terdahulu, Proton Exora terbabit dilihat dalam keadaan mencurigakan di kawasan bulatan Lemal, di…
Berita Domestik
Dalam tempoh tersebut, sebanyak 10,380 unit kenderaan Proton telah berjaya dijual, sekaligus…