Garisan jalan 'Glow in the dark' terpanjang Malaysia di Kedah

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Facebook JKR Kedah
Selepas Semenyih, garisan jalan 'glow in the dark' pertama di Kedah dilaksanakan di Padang Sanai di Padang Terap, dekat Alor Setar.

Exco Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air dan Sumber Air serta Alam Sekitar Kedah, Mohamad Yusoff @ Munir Zakaria, garisan jalan itu adalah sepanjang tiga kilometer (km).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang berkata, buat masa ini, garisan jalan 'glow in the dark' itu adalah pertama di Kedah dan terpanjang di Malaysia.

"Alhamdulillah, siap dipasang di jalan Padang Sanai/ Durian Burung. Terima kasih Pegawai Kewangan Negeri yang meluluskan peruntukan ini.

"Terima kasih Jabatan Kerja Raya Padang Terap/Pokok Sena yang berusaha keras untuk kesejahteraan rakyat," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau memaklumkan, projek garisan jalan yang siap dibina pada Selasa lepas berkenaan memberikan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya.

"Cahaya matahari dikumpulkan dan apabila waktu malam (maka) akan nampak satu garisan yang terang-benderang melalui kelulusan peruntukan sebanyak RM500,000 oleh Pegawai Kewangan," katanya.

Beliau menambah, Kedah adalah negeri yang mempunyai sumber cahaya matahari tertinggi sekali gus sesuai untuk pelabur mengusahakan ladang solar.

Tambahnya, Kedah juga memiliki kelebihan lain iaitu hanya memerlukan lebih empat jam untuk menyimpan tenaga solar berbanding negeri lain yang memerlukan enam jam.

Dalam perkembangan sama, JKR Padang Terap/ Pokok Sena dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook mereka memaklumkan jalan bercahaya dalam gelap (glow in the dark) kini sedang diuji di Jalan Padan Sanai/Durian Burung (K11), Kedah.

"Lawatan tapak di Jalan Padang Sanai / Durian Burung (K11) bagi meninjau keadaan garisan jalan jenis ‘glow in the dark’ ketika waktu malam," katanya.

Berita Berkenaan

Informasi
"Saya sendiri sudah melakukan lawatan ke Hulu Langat, November lalu, dan ia (garisan jalan…
Informasi
Beliau berkata jalan raya yang terlibat akan menggunakan teknologi baharu tersebut pada tahun depan…
Informasi
Mohd Sany berkata, teknologi menghasilkan pantulan cahaya daripada lampu kenderaan itu merupakan…