Garis panduan perkhidmatan e-hailing dan lorong khas motosikal dicadangkan

oleh SALINA JALIL|
Menteri Pengangkutan, Anothony Loke berkata Kementerian Pengangkutan akan membentangkan garis panduan bagi mengawal selia perkhidmatan e-hailing motosikal atau teksi motosikal ke Kabinet pada minggu ini.


Beliau berkata, ketika ini mereka yang terbabit dalam industri gig ekonomi dan penghantaran makanan TIDAK tertakluk kepada sebarang peraturan.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

“Kabinet sudah memutuskan berkenaan gig ekonomi dan penghantaran makanan serta penumpang melalui motosikal.

 

px 1

 

 


“MOT sudah merangka garis panduan dari segi bagaimana kita boleh kawal selia dan saya akan membentangkannya kepada Kabinet pada minggu ini juga,” katanya.

 


Menteri Pengangkutan turut berkata sukar bagi kerajaan untuk TIDAK membenarkan penggunaan ‘kapcai’ atau motosikal berkuasa rendah di jalan raya terutama di lebuh raya.

 


“Jika kita tidak benarkan ‘kapcai’ ramai akan terjejas. Memang ada pelbagai usaha untuk mempromosikan motosikal elektrik dengan had laju rendah, ini memang kita galakkan, tetapi belum ada satu dasar yang tidak membenarkan ‘kapcai’ langsung,” katanya.

 


Loke berkata, kerajaan mempunyai perancangan supaya satu laluan khas motosikal dibina khusus untuk kawasan dan daerah yang merekodkan kes kemalangan motosikal tinggi.

 


“Biarpun ia membabitkan kos tinggi, cadangan itu akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12,” katanya.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Untuk itu kementerian menerusi Perbadanan Aset Keretapi sedang mengusahakan inisiatif perolehan…
Berita Global
Dia berdepan dengan 27 pertuduhan, di mana 24 daripadanya melibatkan suapan sebagai penjawat awam,…
Berita Domestik
"Tahun 2023 juga merupakan tahun kemuncak pembinaan projek ini. Projek ECRL telah memasuki fasa…