Garaj impian untuk dimiliki - boleh muat 72 kereta, harga cuma RM49 juta sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
Memetik lagu Altimet - Kalau Aku Kaya, sememangnya impian penulis untuk memiliki sebuah fasiliti semua-dalam-satu yang menempatkan kediaman, garaj yang boleh memuatkan beberapa unit kereta peribadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam dunia nyata, garaj tersebut sememangnya wujud, namun disebabkan kekangan kewangan (dan kerjaya), penulis terpaksa kuburkan seketika impian tersebut. 

 

 

Namun bagi mereka yang memiliki wang yang tak habis makan, anda boleh mendapatkan garaj impian yang terletak jauh di Amerika Syarikat, atau lebih tepat lagi Yellow Mountain, Montana.

Fasiliti yang sedia untuk menerima pemilik baharu ini disenaraikan di dalam Zillow, dan berdasarkan informasi yang tertera, ia lengkap dengan kemudahan seperti:

  • empat bilik tidur
  • lima bilik air
  • garaj yang mampu memuatkan sehingga 72 unit kereta
  • pam pengisian bahan api sebesar 3,785 liter
  • slot pengecasan Tesla
  • slot cuci kereta luar/dalam rumah
  • tanah berkeluasan sehingga 80,937 meter persegi

 


Kesemua fasiliti di atas (senarai penuh boleh dirujuk pada pautan INI), anda cuma perlu membayar harga sekitar $12,000,000 sahaja (RM49 juta), tidak termasuk cukai tahunan berjumlah $31,000 (RM126,960).

Haih. Kalau aku kayaa...

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun syarikat Concorde (bukan kapal terbang ultrasonik) tampil dengan penyelesaian untuk masalah…
Berita Global
Pengeluar automotif itu kini bekerjasama dengan firma seni bina terkemuka dunia Sieger Suarez…
Informasi
Jika anda mempunyai garaj sendiri di rumah, di sini kami senaraikan peralatan wajib ada di garaj…