Gara-gara COVID-19 - syarikat penerbangan 'terpaksa' bazir bahan api

oleh Mohamad Hanif|
Berikutan penurunan permintaan terhadap perjalanan udara, syarikat penerbangan terpaksa melakukan langkah yang membazir untuk mengelakkan kehilangan slot penerbangan yang telah ditetapkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Salah satu caranya adalah dengan menerbangkan beberapa unit kapal terbang yang kosong tanpa sebarang penumpang. 

Ini kerana menurut peraturan di negara Eropah, syarikat penerbangan boleh kehilangan slot penerbangan yang ditetapkan sekiranya mereka didapati mengekalkan kapal terbang tanpa sebarang penerbangan. 

The Times of London turut melaporkan, di bawah peraturan tersebut syarikat penerbangan yang mengendalikan laluan keluar dari benua perlu beroperasi hampir 80 peratus daripada slot yang ditetapkan, atau berkemungkinan besar kehilangan slot tersebut kepada pesaing. 

Peraturan ini sememangnya memberikan kesan kewangan yang lebih besar, di mana syarikat penerbangan terpaksa membazirkan ribuan gelen bahan api semata-mata untuk menerbangkan kapal terbang yang kosong tanpa sebarang penumpang ketika wabak coronavirus melanda dunia. 

Khamis lalu, Setiausaha Pengangkutan UK Grant Shapps telah menulis kepada Airport Coordination Limited supaya menghentikan sementara peraturan yang membazir itu untuk mengelakkan kesan yang lebih teruk kepada alam sekitar dan ekonomi. 

Sementara itu, International Air Transport Association menganggarkan kerugian sehingga $113 billion (RM471 billion) di seluruh dunia akibat wabak COVID-19 yang melanda pada ketika ini. 

Sumber: Business Insider

Berita Berkenaan

Berita Global
Cadangan ini bakal dibentangkan dalam satu mesyuarat akan datang sempena sasaran syarikat pembuat…
Berita Global
  Menurut rakaman Tokyo Broadcasting System Television, kedua-dua pesawat itu masih berada di…
Berita Global
Senarai barangan itu merangkumi belon, pesawat layar, pesawat beserta alat ganti, payung terjun,…