Gara-gara COVID-19, Honda terpaksa had produksi Vezel, Odyssey di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Masalah kekurangan stok bekalan komponen automotif nampaknya masih lagi membelenggu sesetengah pengeluar automotif, dan tidak ketinggalan pengeluar dari Jepun, iaitu Honda.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan terkini daripada Nikkei Asian Review, Honda Jepun bakal mengehadkan jumlah produksi kepada beberapa ratus unit bagi dua buah model di kilang Saitama Prefecture selama beberapa hari. 

Model yang dimaksudkan adalah crossover Vezel (HR-V) dan MPV Odyssey akibat kekurangan bekalan seperti pintu dan brek. 

Selain daripada kilang di Jepun, wabak coronavirus ini turut memberikan kesan kepada operasi tiga kilang utama di Wuhan - pusat bermulanya segala jangkitan yang kini mula melanda satu dunia. 

Pengeluar Jepun lain turut terkesan di mana Nissan mula menghentikan fasa produksi terutama hujung minggu dengan mengurangkan produksi kepada beberapa ribu unit. 

Sebuah lagi kilang Nissan di Kanagawa Prefecture juga akan menutup operasi selama dua hari pada bulan Mac ini. 

Mazda juga nampaknya bakal terkesan kerana hampir kesemua komponennya bersumberkan kilang dari Hubei Province, China. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Harga jualan baharu itu berkuatkuasa dari hari ini sehingga 31 Disember 2020.   Senarai harga…
Berita Global
  Syarikat pembuat kereta Jepun itu berkata mereka telah meletakkan jurang kedap udara antara…
Berita Domestik
Selain mengekalkan status jenama nombor satu, sedan segmen B Honda City turut berjaya menduduki…