Gantung hiasan penyaman udara? Anda boleh didenda sehingga RM5.4k! (di UK)

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lambat laun, anda mungkin tidak akan dibenarkan memandu sama sekali jika kereta anda penuh dengan barangan hiasan yang didapati mengganggu tumpuan pemanduan.

Peralatan yang mengganggu penglihatan seperti penyaman udara, bendera dan perhiasan yang tergantung di dalam kereta bakal mengundang saman daripada pihak berkuasa suatu hari nanti. 

Malah, dalam kes kemalangan yang bukan berpunca daripada salah anda sekalipun, pihak polis juga mungkin akan menyaman anda kerana memandu dalam keadaan penglihatan terganggu. 

Di UK, tindakan menggantung sebarang perhiasan atau pelekat pada windscreen sebenarnya tidak menjadi satu kesalahan. 

 


Namun, jika disabitkan kesalahan kerana mempunyai sebarang objek yang mampu menghalang penglihatan penuh terhadap jalan raya, anda akan dikenakan saman serta merta bernilai £100 (RM533) dan tiga mata demerit pada lesen memandu anda. 

Dan sekiranya anda mencabar keputusan tersebut di mahkamah, nilai denda tersebut mampu meningkat sehingga £1,000 (RM5,350)!

Menurut peraturan lebuhraya yang termaktub:

"cermin utama dan tingkap mestilah bersih dan bebas daripada sebarang halangan pemanduan"

Manakala Akta Lalulintas Jalanraya pula menyebut:

"tiada seorang pun dibenarkan memandu kenderaan bermotor di atas jalan raya sekiranya beliau berada di dalam situasi terhalang daripada melihat jalanraya dan trafik di hadapan"

Lebih memeritkan, premium insurans tahunan anda juga bakal terjejas apabila anda disabitkan kesalahan terlibat dalam kemalangan (jika anda didapati bersalah mempunyai hiasan yang mengganggu penglihatan ketika memandu). 
 


Sebelum ini, seorang pemandu teksi terlibat dalam kemalangan maut melanggar seorang pejalan kaki pada tahun 2008, dan beliau didapati bersalah kerana mempunyai hiasan berbentuk dadu dan dua penyaman udara tergantung pada cermin pandang belakang keretanya. 

Menurut jurucakap IAM RoadSmart, Rebecca Ashton berkata, "sesuatu objek yang tergantung pada cermin pandang belakang seharusnya dialihkan kerana ia mampu menghalang penglihatan pemandu.

"Dewasa ini, ia seakan menjadi satu trend untuk menggantung bermacam-macam benda - penyegar udara, dadu, cermin, sehinggalah kepada peranti pintar.

"Apabila anda memandu dalam keadaan tumpuan terganggu, anda akan mudah terlepas sesuatu yang penting, dan ia bakal membahayakan orang sekeliling walaupun skill pemanduan anda sangat baik.

Rebecca turut mencadangkan beberapa perkara berikut: 

  • letakkan perhiasan rendah daripada kawasan penglihatan
  • alihkan hiasan ke bahagian kanan pemandu (UK merupakan negara pemanduan kiri)
  • elakkan meletak barang di kawasan wiper bergerak
  • perkara utama - sentiasa elak daripada mengganggu penglihatan pemandu

Sumber: The Sun UK