Ganti modul beg udara - Honda panggil balik 9,998 unit Accord 2.0L (2003-2007)

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Honda Malaysia hari ini mengumumkan kempen panggil balik semula 9,998 unit sedan Accord 2.0L (2003-2007) bagi penggantian inflator beg udara hadapan Takata. 

Kempen panggil balik untuk kali kedua ini dibuat sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan sebarang masalah menimpa para pelanggan Honda Malaysia. 

Segala kos penggantian unit inflator beg udara Takata akan ditanggung sepenuhnya oleh Honda Malaysia. 

Sehingga kini, tiada sebarang kemalangan atau kecederaan melibatkan para pengguna Honda Accord 2.0L (2003-2007) dilaporkan. 

Para pelanggan yang terjejas akan menerima surat notifikasi daripada Honda Malaysia berkenaan perincian penggantian dan stok yang masih terdapat di seluruh Malaysia. 


 


Honda Malaysia merayu kepada semua pelanggan Honda yang terjejas supaya segera melakukan penukaran modul inflator beg udara. 

Unit yang terjejas mungkin akan menyebabkan kecederaan akibat tekanan yang berlebihan, atau mengakibatkan kematian kepada para pemandu dan penumpang.

Untuk menyemak status kenderaan masing-masing, sila layari laman web www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my atau talian bebas tol Honda 1-800-88-2020

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Consumer Reports, kempen panggil semula perlu dibuat disebabkan oleh risiko keselamatan…
Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…
Berita Domestik
Antara kenderaan yang terlibat ialah model C3, C4, DS3, DS4 dan DS5 yang diproduksikan antara tahun…