Ganjaran Ekstra Shell galakkan penggunaan pembayaran nirtunai

oleh Mohamad Hanif|
Bermula dari 15 Jun sehingga 26 Julai 2020, Shell Malaysia ingin menggalakkan para pelanggannya untuk menggunakan kaedah pembayaran nirtunai untuk pengalaman pembelian yang lebih cepat dan selamat, selari dengan norma baharu yang dihadapi masa kini.

Menerusi kempen "Ganjaran Ekstra", para pelanggan berpeluang untuk mendapatkan cashback dan rebat pembelian bahan api di kesemua stesen minyak Shell di seluruh negara.

Menurut Shairan Huzani Husain, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd berkata, "kami di Shell berusaha untuk menawarkan apa yang terbaik kepada rakyat Malaysia ketika fasa norma baharu, dan pengalaman pembelian yang senang, mudah dan selamat ini merupakan salah satu cara yang kami boleh berikan, ditambah dengan ganjaran ekstra bagi mereka yang memilih untuk membayar tanpa tunai di stesen minyak kami.

Para pelanggan yang menggunakan kad debit dan e-dompet untuk membeli bahan api dan barangan runcit di Shell Select sepanjang tempoh kempen berlangsung akan menerima cashback tambahan dan rebat pembelian bahan api.

Manakala untuk pengguna kad Visa Debit pula, dengan hanya membeli minimum RM40 untuk setiap transaksi sebanyak tiga kali akan berpeluang untuk memenangi rebat bahan api Shell bernilai RM12, di mana pendaftaran transaksi kali pertama adalah diperlukan.

Sementara pengguna e-dompet Touch 'n Go yang membelanjakan minimum RM40 untuk setiap transaksi akan menerima cashback RM4 selepas tiga hari waktu bekerja, sepanjang tempoh 15 Jun sehingga 12 Julai 2020.

Untuk pengguna e-dompet Boost pula, pelanggan yang membelanjakan minimum RM40 untuk setiap transaksi akan menerima cashback RM4 selepas tiga hari waktu bekerja, bermula dari 13 Julai sehingga 26 Julai.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shell.com.my/ganjaranekstra

Add new comment