Gangguan sistem isyarat punca tren KL Monorail lewat petang semalam

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Perkhidmatan tren di laluan KL Monorel dilaporkan mengalami kelewatan petang semalam susulan gangguan pada sistem isyarat.

Rapid KL dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan, tren terpaksa bergerak lebih perlahan daripada biasa sebagai langkah keselamatan.

"Kekerapan tren ketika ini adalah sekitar lapan hingga 10 minit.

"Pengumuman juga sudah dibuat di platform bagi memaklumkan penumpang mengenai situasi ini," menurut Rapid KL.

Penumpang yang memerlukan bantuan boleh mendapatkan maklumat lanjut daripada Pegawai Stesen atau anggota Polis Bantuan yang bertugas.

RapidKL