Gangguan RFID di PLUS berjaya diselesaikan dalam dua jam

oleh Mohamad Hanif|


Beberapa buah plaza tol di Lebuhraya Utara-Selatan mengalami gangguan perkhidmatan RFID malam tadi.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Dalam satu siaran media, PLUS memaklumkan kerja-kerja membaik-pulih perkhidmatan tersebut telah pun berjaya dilaksanakan dalam tempoh dua jam bermula jam 8.30 malam hingga 10.45 malam.

PLUS melahirkan rasa kesal atas kesulitan yang dialami oleh pelanggan lebuh raya disebabkan oleh gangguan teknikal sistem RFID.

Punca gangguan telah dikenalpasti dan pihak PLUS telah mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengelakkan kejadian tersebut berulang.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berdasarkan analisa oleh pakar teknikal Rapid Rail dan pihak OEM Thales Group, pihak APAD telah…