Gangguan LRT - Pampasan dengan lanjutan tempoh sah laku pas

oleh Penyumbang Rencana|
Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) akan memberi pampasan kepada pengguna transit aliran ringan (LRT) yang terjejas akibat gangguan perkhidmatan dengan melanjutkan tempoh sah laku pas, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.


Beliau berkata lanjutan tempoh sah laku pas itu seperti My50, iaitu pas tanpa had untuk pengguna perkhidmatan Rapid KL, akan bergantung kepada pihak pengurusan Prasarana.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Kami melihat tidak adil jika seminggu tidak boleh guna (LRT) tetapi tetap membayar. Tempoh sah laku akan dilanjutkan, berapa lama bergantung kepada pengurusan Prasarana.

 

"Saya telah dapat kepastian daripada Prasarana, itu yang akan dilakukan," katanya dalam sidang media berhubung isu gangguan perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya, pada Jumaat.

 

Prasarana telah mengumumkan 16 stesen LRT dari Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park digantung operasi selama tujuh hari bermula 9 Nov lepas ekoran gangguan sistem.

 

 

-- BERNAMA

Berita Berkenaan

Informasi
  Ia terpakai bagi rakyat Malaysia dan bukan warga Malaysia (dengan kebenaran), menurut…