Gangguan bekalan elektrik, puluhan ribu pelancong terkandas di lapangan terbang Manila

oleh Mohamad Hanif|
sumber: AFP
Kira-kira 56,000 orang pelancong terkandas di lapangan terbang Manila, Filipina semalam disebabkan gangguan bekalan elektrik yang menjejaskan peralatan komunikasi dan radar.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Laporan AFP menyebut, masalah teknikal tersebut telah dikesan oleh pihak berkuasa penerbangan yang melibatkan pusat pengurusan trafik udara di lapangan terbang domestik dan antarabangsa Manila.

Difahamkan, lebih 360 penerbangan masuk dan keluar dari Manila terpaksa dibatalkan, dialihkan atau ditangguhkan akibat gangguan tersebut.

Menurut setiausaha jabatan pengangkutan, Jaime Bautista berkata, pusat pengurusan trafik udara yang mengawal penerbangan masuk dan keluar, terjejas disebabkan gangguan bekalan elektrik yang mengakibatkan kehilangan komunikasi, radio, radar dan internet.

“Masalah kedua ialah lonjakan kuasa akibat gangguan bekalan elektrik yang menjejaskan peralatan,” katanya.

Pihak berkuasa lapangan terbang berkata, sebahagian sistem pengurusan trafik udara telah dipulihkan pada pukul 4 petang (waktu tempatan) dan penerbangan mula berlepas dan mendarat di Manila.

“Kelambatan dan pengalihan penerbangan hanyalah langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan penumpang, anak kapal dan pesawat,” kata Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina.

Laporan itu menambah, gangguan tersebut berlaku ketika ramai orang mula kembali ke Manila seleps tamat cuti Krismas dan Tahun Baharu.

Disebabkan gangguan tersebut, berlaku insiden huru-hara di kaunter daftar masuk, malah ada penumpang yang sudah menaiki pesawat telah menunggu berjam-jam sebelum mereka diarahkan turun.

Sumber: AFP

Berita Berkenaan

Berita Global
Masalah tersebut berpunca daripada gangguan bekalan yang disebabkan oleh serangan Russia ke atas…