Ganggu solat tarawih - Lapan remaja merempit ditahan, tolak motosikal sejauh empat kilometer

oleh SALINA JALIL|
gambar dari Balai Polis Daerah Kemaman
Lapan remaja lelaki yang ditahan ketika merempit dalam Op Samseng Jalanan, di Kemaman, semalam diarahkan menolak motosikal masing-masing sejauh empat kilometer.


Difahamkan, mereka berusia 15 hingga 21 tahun itu menolak motosikal dari Surau Kampung Jaya, di sini, sehingga ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, operasi dilakukan hasil maklumat awam mengenai aktiviti merempit di kawasan berkenaan ketika penduduk menunaikan solat tarawih.

 

Beliau berkata, sebanyak 45 saman membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan dalam operasi selama dua jam bermula 9 malam.

 

"Kita turut menyita lapan motosikal dan semua yang ditahan dibebaskan selepas diberi saman mengikut Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1969 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM1,000," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

 

Hanyan berkata, pihaknya turut melakukan operasi sama di Batu 2 1/2 Jalan Air Putih dan Kampung Mak Chili membabitkan dua pegawai dan 26 anggota.

 

"Kita kesal dengan tindakan kumpulan mat rempit itu yang dilihat seolah-olah tidak menghormati Ramadan dan orang ramai yang sedang menunaikan solat tarawih.

 

"Tindakan itu bukan sahaja mengganggu ketenteraman awam tetapi membahayakan nyawa mereka dan pengguna jalan raya yang lain," katanya.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Informasi
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata tangkapan itu…
Berita Domestik
"Ahli-ahli politik perlu mempunyai iltizam dalam memastikan kejayaannya (dari segi penggubalan…
Berita Domestik
  "Video itu memaparkan penunggang terbabit lengkap berpakaian baju Melayu. "JSPT Bukit Aman…