Gambaran awal SUV pertama Lotus terdedah dalam bentuk imej paten

oleh Mohamad Hanif|
Belum pun sempat pelancaran rasmi dibuat, kita kini sudah pun boleh melihat kelibat sebenar SUV pertama Lotus menerusi imej paten yang muncul di pejabat pendaftaran hak intelektual Australia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Biarpun wujud dalam bentuk imej paten, ia secara tidak langsung memberikan kita gambaran sebenar bagaimana rupa sebenar SUV Lotus yang bakal memberikan saingan kepada Jaguar I-Pace, Audi e-Tron Sportback, dan juga Ford Mustang Mach-E.
 

Lotus


Daripada sudut luaran, Lotus Type 132 (nama kod yang diberikan) membawakan reka bentuk hadapan yang agresif, garis bumbung seakan model coupe, serta kehadiran cladding pada arka roda yang mengingatkan kita bahawa Type 132 ini sebenarnya sebuah SUV.

Selain itu, unit lampu utama membawakan bentuk seperti boomerang, diikuti bar lampu belakang yang memanjang di bahagian tersebut.

Cermin sisi pula agak nipis yang memberikan petunjuk Lotus bakal menawarkan cermin sisi digital menggantikan cermin fizikal, dan secara langsung membantu menambahbaik aspek aerodinamik SUV ini.
 

Lotus Type 132


Berdasarkan video teaser yang dimuatnaik tempoh hari, Lotus mendedahkan rekaan kluster instrumen digital, roda stereng yang sporti, serta sistem infotainmen jenis terapung di bahagian tengah.

Setakat ini, tiada sebarang informasi trenkuasa didedahkan.

Namun, Lotus mengesahkan Type 132 ini bakal menampilkan teknologi 800 voltan, pek bateri berkapasiti antara 92 hingga 120 kWh, serta pecutan 0-100 km/j dalam tempoh tiga saat.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Model SUV baharu ini dijangka pengenalannya pada tahun hadapan, dan akan menjadi pesaing secara…