Gambaran awal Mimco Alif - SUV elektrik yang dikatakan model kereta nasional ketiga negara

oleh Mohamad Hanif|
Berita mengenai projek kereta nasional ketiga kini semakin menarik apabila salah sebuah pembida NNCP, Alam Perkasa Consortium (APC) telah menerbitkan lakaran SUV berkuasa elektrik yang dikenali dengan nama Mimco Alif.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan daripada The Edge Market, ia merupakan hasil tangan daripada pereka lagenda, Giorgetto Giugiario dan anaknya Fabrizio dari GFG Style. 

Membawakan rekabentuk crossover konvensional, bahagian hadapan SUV Mimco Alif ini menampilkan rekaan gril tertutup yang dihiasi dengan lampu terbina dalam sebelum diapit dengan rekaan lampu utama yang agak nipis. 

Elemen crossover tersebut diteruskan dengan pemakaian skid plate hadapan, rekaan badan dua tona di bahagian sisi, serta fender flare hitam berkilat menghiasi arca roda yang dihuni oleh rim aloi bersaiz besar.

 


Di bahagian belakang pula lampu utama LED yang agak tirus diletakkan melintangi ruang tersebut, tampak ringkas dan elegan dalam masa yang sama. 

Jika dilihat daripada sudut sisi SUV tersebut, ia membawakan profil SUV yang sporti, dengan rekaan pemegang pintu yang tertanam di setiap pintu. 

SUV elektrik yang diberi nama Alif itu mempunyai halaju maksimum 230 kmsj dengan jarak pemanduan 450 km untuk sekali caj dari bateri 95 kWh.

Mimco Alif dibangunkan menggunakan Platform AMP (Advanced Modular Platform) yang telah dibeli hak ciptanya tahun lalu, dan platform ini boleh digunakan untuk membina kenderaan-kenderaan EV mereka.

 


Menurut pengerusi APC, Mohamad Mansor berkata unit prototaip berfungsi akan disiapkan dalam masa enam bulan dan bakal dipamerkan di Geneva Motor Show. 

Syarikat APC mempunyai sasaran jualan sebanyak 60,000 unit untuk tahun pertama mereka.

Sumber: The Edge Market