Gambaran artis untuk trak pikap Hyundai Santa Cruz

oleh Mohamad Hanif|
Kelibat rangka trak pikap unibodi Hyundai Santa Cruz telah pun kita lihat sebelum ini namun ia hanyalah sekadar rangka luaran tanpa kehadiran beberapa butiran seperti bumper hadapan, roda, lampu utama, tingkap, serta cermin sisi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Seorang artis AtchaCars menerusi laman Youtube telah menunjukkan skil dengan menghasilkan rendering imej berdasarkan gambar yang telah tertiris serta elemen-elemen yang ada pada kenderaan moden Hyundai.

 


Di bahagian sisi trak pikap ini, terdapat garisan berbentuk V yang ditampilkan pada bahagian sisi yang bercantum menjadi satu garisan yang bersambung ke bahagian bed terus ke lampu belakang.

Terdapat garisan perak yang melintangi bahagian tingkap sisi bermula dari tiang A terus menuju ke tiang C yang menambahkan sentuhan kontras yang sangat menarik.

 


Namun, imej bahagian sisi ini hanyalah berdasarkan gambar yang tertiris tempoh hari dan tiada imej di bahagian hadapan yang dapat dihasilkan buat masa ini.

Namun, berdasarkan apa yang ditawarkan pada model Hyundai masa kini, sekurang-kurangnya kita sudah pun mempunyai gambaran yang jelas bagaimana rupa sebenar trak pikap Hyundai yang bakal diproduksikan pada tahun 2021.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bahagian depan lebih berketak dengan jeriji dan lampu nyalaan siang baharu. Gaya jeriji condong…
Berita Global
Hyundai Santa Cruz 2022   Dengan sejumlah model yang ditawarkan, SAV Santa Cruz tampil unik…
Berita Global
Kehadiran dua model ini turut mendapat sambutan yang memberangsangkan, di mana Ford sendiri…