Gambaran artis untuk Mercedes EQE 2022 - bakal lawan Tesla Model S!

oleh Mohamad Hanif|
Ketika artikel ini ditulis, Mercedes-EQ sudah pun memiliki dua model berkuasa elektrik, iaitu SUV EQC dan minivan Mercedes EQV yang telah dilancarkan pada tahun lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dalam usaha untuk memperkasakan penawaran model elektrik kepada umum, Mercedes-Benz mempunyai beberapa model yang dijadualkan pengenalannya pada tahun hadapan dan 2022, salah sebuahnya adalah sedan Mercedes EQE 2022.

Mercedes EQE 2022 bakal diposisikan sebagai pesaing terus kepada Tesla Model S, dibangunkan atas pelantar Electric Vehicle Architecture (EVA).

 


Laman web automotif AutoExpress UK telah berjaya menghasilkan lakaran digital bagi memberikan gambaran sebenar EQE berdasarkan imej spyshot model tersebut yang diuji di Black Forest, Jerman.

Rupa hadapan EQE 2022 ini banyak diinspirasikan daripada model SUV EQC, seperti lampu utama LED, dan rekaan gril yang menandakan tiada sebarang enjin pembakaran dalaman disebalik komponen tersebut.

Rekaan belakang pula disengajakan melandai - seakan coupe - supaya membenarkan aliran udara yang lebih efisien dan bertujuan untuk mengurangkan kesan seretan dan mampu meningkatkan jarak operasi bateri.

 


Antara ciri menarik yang dikesan adalah jarak overhang yang sangat pendek di bahagian belakang, menandakan para jurutera bertindak memanjangkan jarak antara roda.

Ini boleh diterjemahkan kepada ruang kabin yang sangat luas, di mana EQE 2022 mampu menyaingi apa yang ditawarkan oleh model S-Class generasi baharu.

Menurut Mercedes, produk yang bakal lahir dari EVA (dimulakan oleh EQS) akan dilancarkan bermula tahun 2021 diikuti dengan model sedan dan SUV EQE.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…
Berita Global
Menurut Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan A.S. pada hari Rabu lalu, Mercedes Benz…
Berita Domestik
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Jalan Sungai Penchala 12, Kampung Sungai…