Gambaran artis untuk Mazda6 versi pacuan roda belakang

oleh Mohamad Hanif|
Mazda mempunyai hala tuju untuk menjadi pesaing secara terus kepada jenama mewah Jepun, Lexus.

Untuk melaksanakan hasrat tersebut, pengeluar yang sinonim dengan imej Zoom-zoom itu mempunyai beberapa buah model SUV yang menggunakan platform pacuan roda belakang, serta enjin enam silinder sebaris, salah satu daripadanya merupakan Mazda CX-60 2023 yang baharu sahaja dilancarkan untuk pasaran Eropah.

Tatkala kita masih lagi tertunggu-tunggu dengan kehadiran sedan mewah Mazda yang dilaporkan muncul tahun ini, seorang artis Sugar Design telah memberikan bayangan beliau terhadap sedan yang bakal muncul sebagai model pacuan roda belakang itu.

Seperti yang anda lihat, gambaran sedan empat pintu ini banyak mengambil elemen rekaan daripada Mazda CX-60, seperti lampu utama, serta rekaan gril hadapan, sekaligus menjadikan penampilan sedan ini lebih menonjol.

Dalam laporan terdahulu, Mazda bakal muncul dengan model pacuan roda belakang beserta enjin enam silinder sebaris, berkemungkinan besar sama seperti yang wujud di balik bonet CX-60.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sugarchow (@sugardesign_1)

Sumber: Instagram Sugar Design

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Autocar (menerusi Road & Track), Mazda mungkin tidak akan hadir dengan…
Berita Domestik
Sedan Mazda6 2021 masih lagi merupakan unit CBU sepenuhnya dari Jepun dan didatangkan dalam dua…
Kereta
JRD, Nitro, Chery, SYM, Oppo dan Haval adalah antara contoh terbaik. Cuma Geely sahaja yang…