Berdasarkan pengamatan ke atas unit yang masih lagi sarat dengan pelekat samaran, Honda Accord generasi ke-11 itu kini membawakan rupa paras yang jauh lebih matang dan lebih moden dan membawakan elemen daripada Honda Civic FE baharu.
Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas, artis dari Kolesa.ru mendedahkan hasil kerja mereka berdasarkan imej intipan yang diperoleh sebelum ini.
Berbanding Accord yang terdahulu, Accord generasi baharu bakal membawakan unit lampu depan yang lebih nipis, binaan jeriji hadapan yang lebih kecil, serta rekaan bampar yang lebih bersih dan sporti.
Sementara unit lampu belakang pula jauh lebih matang rekaannya menyamai rekaan Honda Civic FE di mana ia dihubungkan dengan bar lampu LED melintang - mengikut trend kenderaan masa kini.
Dari segi trenkuasa, Honda Accord gen-11 ini berkemungkinan besar akan mengekalkan penawaran enjin 1.5 liter turbo (192 hp) sedia ada serta tambahan versi hibrid 2.0 liter berkuasa 212 hp.
Generasi baharu Accord hanya akan didedahkan secara rasmi pada tahun 2023, selepas model CR-V Hybrid muncul.
Sumber: Kolesa.ru