Gambar tertiris - adakah ini rupa sebenar GR Corolla Sport?

oleh Mohamad Hanif|
Tiada sebarang petanda, atau kelibat model ujian dikesan, namun laman permotoran automotif Jepun BestCar nampaknya telah berjaya mendapatkan gambaran jelas berkenaan hot hatch Toyota yang bakal dilancarkan kelak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan gambar yang tertiris, hatchback pantas yang diberikan nama GR Corolla Sport - merujuk kepada Corolla dengan bentuk badan hatchback itu membawakan penampilan yang agresif dengan rupa paras hadapan yang diinspirasikan daripada GR Yaris.

 


Selain daripada rim bersaiz lebih besar, jarak trek roda belakang juga dilihat telah bertambah melihatkan kepada dimensi lebar bahagian tersebut yang menjadi semakin lebar.

Beberapa informasi yang terdahulu mencadangkan GR Corolla Sport bakal hadir dengan penawaran enjin GR Yaris, namun dengan talaan yang mampu menghamburkan sehingga 300 hp, sistem pacuan semua roda GR-Four dan kelengkapan seperti LSD.

 


Menurut laporan daripada BestCar lagi, GR Corolla Sport bakal bersaing secara rapat (dari segi harga) dengan model hot hatch lain seperti AMG A 35 dan BMW M135i, dengan harga jualan sekitar 5 juta yen (RM187,377).

Secara perbandingan, GR Yaris varian asas memiliki tanda harga bermula dari ¥3.5 juta (RM131,163) manakala GR Supra pula berharga dari ¥6 juta (RM224,852).

Sumber: BestCar menerusi 7Tune

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada Forbes, selain daripada hot hatch GR Corolla Sport yang dijadualkan hadir…
Berita Global
Untuk pasaran Jepun, TOM'S Racing baru-baru ini telah melancarkan pakej kit badan serta naiktaraf…