Gambar sisi Mitsubishi Engelberg Tourer didedahkan

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain daripada SUV ASX yang telah diberikan nafas baharu, Mitsubishi juga turut berjanji akan membawakan model konsep Engelberg Tourer sempena acara Geneva Motor Show bulan depan. 

Jika bulan lalu, kita sudah pun melihat gambar acah yang menampakkan bahagian hadapan, kali ini Mitsubishi mendedahkan pula profil sisi SUV baharu ini. 

Pada gambar baharu ini, Mitsubishi Engelberg Tourer memberikan lebih banyak informasi bergambar, seperti ruang penyimpanan barang pada bahagian bumbung, serta rekaan lampu yang tidak membawakan identiti mana-mana model Mitsubishi terdahulu. 
 


Mungkin ramai yang akan menyangka ia sebuah Outlander facelift dengan penambahan ciri-ciri terkini, namun tiada sebarang info lanjut untuk mengesahkan hal ini dengan lebih teliti. 

Tidak sabar rasanya untuk melihat dengan lebih dekat apakah konsep sebenar Engelberg Tourer yang akan dipamerkan pada acara Geneva Motor Show tidak lama lagi. 


Baca: SUV Mitsubishi Engelberg Tourer

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam satu temubual yang dijalankan oleh Automotive News, Presiden Mitsubishi Eropah Bernard Loire…
Berita Global
Pada acara Geneva Motor Show, Mitsubishi turut mengambil kesempatan untuk memperlihatkan secara…