Gambar ruang kabin Subaru WRX 2021 tertiris - pakai skrin kluster digital!

oleh Mohamad Hanif|
Tidak sampai beberapa bulan sebelum pelancaran rasmi, sebuah laman web automotif Jepun Creative Trend telah menerbitkan gambar yang dipercayai merupakan rupa sebenar ruang kabin Subaru WRX dan Levorg 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laman web tersebut, imej itu diperoleh daripada brosur produk sebenar yang tertiris, mempamerkan penggunaan skrin infotainmen dalam konfigurasi menegak di bahagian tengah papan pemuka.

Manakala buat pertama kalinya, Subaru menampilkan penggunaan skrin kluster instrumen digital pada model Subaru WRX dan Levorg yang membolehkan pemandu mengakses sistem navigasi tanpa perlu merujuk kepada skrin utama.

 


Sementara untuk model wagon Levorg pula didatangkan dengan ciri tailgate berkuasa.

Laporan terdahulu menyebut bahawa model Levorg akan ditawarkan dengan pilihan enjin 1.5 liter turbo dan 1.8 liter turbo.

Manakala model berprestasi tinggi seperti Subaru WRX dan Levorg STI (seperti yang dikesan di Jepun) pula dikatakan bakal menerima trenkuasa baharu 2.4 liter turbo.

Sumber: Creative Trend