Gambar Rolls Royce Cullinan bocor!

oleh HEZERI SAMSURI|
Nampaknya gambar-gambar SUV mewah pertama Rolls-Royce sudah mula bocor di laman media sosial.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

 

Sama seperti Bentley Bentayga, SUV dari Rolls Royce yang diberi nama Cullinan ini masih mengekalkan bentuk tradisi hadapan sebuah Rolls Royce.

Ia juga dipercayai lebih besar dari kebanyakan SUV lain, kerana Rolls Royce memang terkenal dengan saiz yang gah. Kemungkinan besar Cullinan ini cukup besar untuk diwajibkan membayar cukai pintu oleh majlis perbandaran.

 

 

Ruang dalam Cullinan ialah seperti mana-mana Rolls Royce yang lain - penuh dengan kemewahan dan tempqat duduk yang paling empuk pernah wujud di dalam mana-mana kenderaan darat.

 

buck seat

 

Bahagian belakang pula dilihat mempunyai tempat duduk khas di pintu tempat kargo - sangat sesuai untuk seorang pembesar negeri dan anaknya duduk dan melihat perubahan tsunami rakyat yang sedang berlaku di dalam negerinya. 

 

Masih tidak ada lagi informasi rasmi dari syarikat itu kerana ia belum dilancarkan secara rasmi tetapi kehadiran Cullinan ini memang sudah lama dinantikan.

Careta pasti ia akan dilancarkan di Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Cameron ditemui di terbaring di pintu kediamannya di Jerman selepas isterinya, Varena Kloos, juga…
Pelancaran
Phantom generasi kelapan ini telah dipersembahkan pada 2017, ia merupakan model pertama yang…
Berita Global
Spirit of Ecstasy telah didaftarkan sebagai harta intelek Rolls-Royce pada 6 Februari 1911. Sejak…