Gambar rasmi Toyota Supra 2020 terdedah!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu insiden yang tidak disengajakan, Toyota Jerman telah menghantar dua buah imej yang menampakkan versi rasmi Toyota Supra generasi kelima (A90) kepada ahli forum SupraMKV.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Sebelum itu, ahli forum kereta tersebut telah mendaftarkan minat untuk menyertai senarai menunggu kereta sports yang paling dinantikan itu dan mendapati menerima imej penuh Toyota Supra tanpa sebarang pelekat samaran. 

Selain daripada rekaan lampu LED yang unik itu, Toyota Supra itu juga turut menampilkan bukaan liang udara pada bahagian fender, rekaan bumper belakang yang agresif, diffuser serta lampu brek tengah ala-ala F1.

 


Isu teknikal masih lagi menjadi teka-teki, namun ketua jurutera Supra, Tetsuya Tada telah mengesahkan yang Toyota Supra baharu ini bakal menggunakan nadi enjin enam silinder sebaris daripada BMW.

Nantikan kemunculan rasmi Toyota Supra 2020 ini pada acara North American International Auto Show pada bulan hadapan. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pemangku Ketua Polis Batu Pahat, Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata pemuda tempatan…
Berita Global
Program khas tersebut bakal bermula pada 15 Januari hingga 30 Jun tahun 2024, khusus untuk…
Berita Global
  Walaupun berasal dari Jepun, tidak semua kereta Toyota direka di sana. Seawal 1973 lagi Toyota…