Gambar paten Honda N7X versi produksi terdedah - BR-V generasi baharu?

oleh Mohamad Hanif|
Kira-kira dua bulan lalu, Honda Indonesia telah memperlihatkan secara rasmi model konsep SUV tujuh tempat duduk, N7X Concept.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Honda N7X Concept (New 7-seater eXcitement) yang dibangunkan oleh Honda R&D Asia Pasifik itu memperlihatkan bayangan rekaan pengganti kepada model SUV tujuh tempat duduk sedia ada, iaitu Honda BR-V.

Sebelum ini, kami telah mendapat info bahawa generasi kedua BR-V itu nampaknya sudah pun mendapat harga jualan rasmi di mana ia dikatakan lebih murah penawarannya jika dibandingkan dengan harga jualan BR-V sedia ada di Indonesia.

 


Ia kemudian disusuli dengan terbocornya gambar-gambar paten yang mendedahkan rekaan sebenar Honda N7X berdasarkan pengkalan data Direktorat Jenderal Kekayaaan Intelektual (DJKI).

Berdasarkan imej yang diperoleh, versi produksi Honda N7X ini banyak membawakan elemen-elemen yang terdapat pada versi prototaip yang diperlihatkan sebelum ini, seperti contoh rekaan gril hadapan, lampu DRL berbentuk L, serta lampu belakang dengan grafik yang menyamai lampu Honda City generasi terkini.

Cuma sedikit perbezaan di mana unit lampu DRL tambahan pada bampar tidak disertakan pada gambar paten tersebut.

Menurut Yusak Billy selaku pengarah jualan dan pemasaran Honda Prospect Motor (HPM) menjelaskan, "Honda N7X Concept tidak menggambarkan sebarang model sedia ada, ia merupakan gambaran bagaimana sebuah model tujuh tempat duduk seharusnya dibuat.

 

sumber: Autonetmagz


Namun begitu, berdasarkan penemuan yang terdapat pada laman web samsat-pkb Jakarta, laman web automotif Autonetmagz berjaya menemukan bukti bahawa ia sebenarnya merupakan Honda BR-V generasi baharu berdasarkan persamaan pada kod generasi yang digunakan.

Ini kerana untuk Honda BR-V generasi pertama, kod yang diberikan adalah DG1 manakala penemuan di laman web samsat itu mendapati kod yang digunakan pada Honda BR-V generasi kedua adalah DG3.

Versi produksi Honda BR-V generasi baharu ini bakal diperlihatkan secara rasmi pada acara Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) pada bulan Ogos nanti.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Honda BR-V yang sebelum ini diperlihatkan menerusi model N7X Concept pada tahun lalu dilihat…
Berita Global
Tiada sebarang berita berhubung tarikh pelancaran sebenar generasi kedua Honda BR-V itu, namun…
Berita Global
Model ini dibangunkan oleh Honda R&D Asia Pasific berdasarkan kajian terhadap pelanggan…