Gambar paten Honda CR-V generasi baharu terdedah

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa bulan yang lalu, kelibat model ujian Honda CR-V telah pun dikesan atas jalan raya Jerman, memberikan petanda pelancaran model generasi baharu yang bakal tiba kelak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun tanpa sebarang teaser rasmi, kita sudah pun boleh melihat rupa sebenar SUV segmen C itu berdasarkan imej paten yang tertiris menerusi laman Instagram kurdistan_automotive_blog_

Berdasarkan sekeping imej tunggal itu, terdapat beberapa perubahan yang boleh dilihat seperti:

  • rekaan lampu utama yang lebih kecil
  • gril hadapan yang lebih besar
  • posisi cermin sisi yang telah dialihkan

Imej untuk bahagian belakang masih lagi belum diperoleh, namun unit lampu yang memanjang itu dilihat masih lagi kekal pada model generasi baharu.

Dari segi penawaran trenkuasa, besar kemungkinan Honda CR-V hanya akan ditawarkan dalam versi hibrid e:HEV di pasaran Eropah, sama seperti apa yang ditawarkan pada model Honda HR-V e:HEV.
 

Honda CR-V generasi kelima

Berita Berkenaan

Berita Global
Defender dengan dimensi yang lebih panjang - Defender 130 - kini sedang menjalani proses ujian dan…
Informasi
  “Saya ingin tegaskan bahawa kehadiran anggota polis yang melakukan sekatan jalan raya di seluruh…