Gambar paten Defender 130 terdedah

oleh Mohamad Hanif|
Land Rover sebelum ini diberitakan akan menawarkan Defender dalam tiga bentuk badan yang berbeza, dimulakan dengan Defender 110 dan Defender 90.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Defender dengan dimensi yang lebih panjang - Defender 130 - kini sedang menjalani proses ujian dan imej paten model yang tertiris ke alam maya itu berjaya diperoleh laman web Motor.es.

Berdasarkan gambar tersebut, anda boleh jangkakan sendiri reka bentuk Defender yang senang untuk dicam itu dan didatangkan dengan dimensi badan yang lebih panjang.
 

130


Menurut laporan terdahulu, Defender 130 masih mengekalkan jarak antara roda 3,022 mm, namun dengan dimensi dari bampar depan hingga bampar belakang yang bertambah panjang menghampiri 5,105 mm (Defender 110 sepanjang 5,018 mm).

Ini bermakna, dimensi ekstra tersebut ditambah pada bahagian belakang gandar belakang dan ia menjadikan Defender 130 yang jauh lebih praktikal dan luas pada ruang kabin dan ruang kargonya.
 

Defender


Dokumen dalaman menjelaskan Defender 130 mampu memuatkan sehingga lapan orang pada satu-satu masa, dan dijangka akan dijual menjelang akhir tahun 2022.

Malah menurut ketua pegawai kewangan Adrian Mardell, Defender 130 bakal menjadi satu model yang mampu menawan pembeli di Amerika Utara, China dan juga Timur Tengah.
 

Defebder


Sumber: Motor.es

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun tanpa sebarang teaser rasmi, kita sudah pun boleh melihat rupa sebenar SUV segmen C itu…
Informasi
  “Saya ingin tegaskan bahawa kehadiran anggota polis yang melakukan sekatan jalan raya di seluruh…