Gambar lengkap bodykit TuneD untuk Proton Saga

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Kunjungan Careta ke premis TuneD Motorsport siang tadi memberi peluang kepada kami untuk melihat dengan lebih dekat ketiga-tiga model Proton yang telah diberi sentuhan TuneD itu. Menurut jurutera kanan yang bertanggung-jawab dengan projek ini, ketiga-tiga pakej ini direka sepenuhnya menggunakan sistem komputer dan kemudian diuji secara digital untuk efek aerodinamik dan juga bunyi. Ia juga adalah seperti "pet project" untuk syarikat tersebut kerana rata-rata jurutera-jurutera dan pereka-bentuk di syarikat itu mempunyai projek lain yang jauh lebih besar. "Projek ini lebih kepada menguji pasaran tempatan dan juga untuk memberikan latihan praktikal kepada jurutera kami," ujarnya sambil menunjukan kepada Careta alatan-alatan canggih yang setaraf dengan sebuah syarikat pembuat kenderaan. Malah, ada fasiliti mereka yang jauh lebih canggih dari apa yang kami pernah nampak di Malaysia. Rata-rata tenaga pekerja di sini terdiri dari anak watan Malaysia dari pelbagai latar belakang dan projek yang dibangunkan lebih kepada projek luar negara dengan pelanggan dari pelbagai industri, termasuk automotif. Di bawah ialah penerangan dan gambar-gambar terbaharu setiap Proton yang telah dilakukan transformasi TuneD. Proton Saga TuneD TuneD saga-4 Bermula dengan warna Fierce Red yang bergemerlapan itu, Saga ini diberikan bodykit sisi dengan dua tona warna bagi memberikan efek ia mempunyai lega bumi yang lebih rendah. Bamper hadapan ditukar sepenuhnya, dengan aperture bawah siap dengan sisipan melintang warna hitam yang juga menjadi tempat letak sepasang lampu DRL dari jenis LED. TuneD saga-2 TuneD saga-3 Gril baharu memang berani, dan bukan semua mampu menerimanya. Bahagian tiang A, B dan C diberikan sentuhan warna hitam mati untuk efek "floating roof". Roda krom nampak tampan dan tidak terlalu "jinjang". Bahagian bamper belakang dilengkapi dengan skirting bawah ala diffuser dan sepasang lubang ekzos palsu. Bahagian dalam ialah kemasan kulit/PVC merah dan hitam dan paling menarik, sistem butang Start/Stop dengan kemasan lampi biru LED, kelihatan sangat original. Secara keseluruhan, Saga ini nampak sporty, "sleek" dan memang jauh berbeza dari yang asal. TuneD saga-13 TuneD saga-5 [gallery size="medium" ids="29428,29429,29430,29431,29432,29433,29434,29435"]