Gambar intipan: Adakah ini Toyota Hiace generasi baharu?

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Langsung tiada pelekat samaran dikenakan, beberapa siri gambar kenderaan yang disyaki generasi baharu Toyota Hiace 2020 kini sedang berlegar di ruang maya. 

Gambar yang diperoleh daripada J.Club Legance, kedai pakar modifikasi Hiace di Jepun itu menunjukkan beberapa varian yang bakal ditawarkan oleh Toyota menerusi Hiace baharu tidak lama lagi. 

Generasi baharu Hiace tidak lagi menggunakan rekaan cab-over dengan enjin di tengah seperti model terdahulu, sebaliknya Hiace ini hadir dengan rekaan baharu dan posisi enjin di bahagian hadapan pemandu. 
 


Antara perubahan besar yang dibawakan ialah penampilan hud enjin, lampu utama serta gril hadapan yang lebih bergaya dan lebih besar. 

Berdasarkan gambar yang diperoleh, terdapat sekurang-kurangnya tiga varian utama yang bakal ditawarkan, iaitu van panel, van komuter yang biasa digunakan untuk mengangkut pekerja kilang dan versi yang lebih mewah dengan kemasan krom ala-ala abangnya Alphard dan Vellfire. 
 


Setakat ini tiada sebarang spesifikasi lanjutan diperoleh, namun menurut laman web automotif BestCar Web, Hiace baharu berkemungkinan besar akan dilengkapi dengan Toyota Safety Sense. 

Ini termasuklah brek kecemasan automatik, sistem pengawasan titik buta, serta amaran penukaran laluan. 

Toyota Hiace generasi baharu dijangka akan membuat kemunculan tidak lama lagi. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki tempatan itu telah memujuk, merayu dan menawarkan…
Berita Global
Terima kasih kepada mereka yang bersusah payah untuk merakamkan gambar Volkswagen Golf 2020 (…
Berita Global
Kita sudah pun melihat dengan lebih dekat bagaimana Toyota HiAce generasi baharu bakal mengambil…