Gambar Intip: Unit Ujian EV Ora Good Cat, Black Cat dikesan di Shah Alam!

oleh Mohamad Hanif|
Kelibat dua buah model kereta elektrik dari negara China dikesan berada di Malaysia baru-baru ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menerusi gambar yang dimuatnaik pada laman kumpulan Facebook Malaysian Electric Vehicle Owners Club oleh Mohd Junaizee Mohd Noor, beliau berkesempatan untuk melihat sendiri dua model EV - Ora Good Cat dan Ora Black Cat di Shah Alam semalam (9 September).
 

EV


Kedua-dua unit pemanduan sebelah kiri itu diandaikan merupakan unit ujian berdasarkan pelekat yang didapati pada bahagian kenderaan tersebut.

Menurut informasi daripada laman tersebut, besar kemungkinan Ora Good Cat dan Ora Black Cat dibawa masuk oleh Go Auto Group dan bakal dipasarkan secara rasmi pada suku pertama tahun 2022 (Q1 2022).
 

EV


Berdasarkan spesifikasi, Ora Good Cat datang dengan konfigurasi motor elektrik pacuan roda depan yang mampu menghasilkan 145 PS dan 210 Nm, serta pek bateri yang membenarkan jarak pemanduan sejauh 400 atau 500 km bergantung kepada kapasiti.

Sementara Ora Black Cat (Ora R1) pula disasarkan sebagai EV mampu milik yang didatangkan dengan motor elektrik yang mampu menjana 49 PS dan daya kilas 125 Nm.
 

EV


Kehadiran kedua-dua model EV ini mungkin memberikan petanda besar kemunculan lebih banyak model EV mampu milik yang sesuai dengan kehendak dan juga bajet pengguna pada masa akan datang.

Sumber: Facebook Malaysian Electric Vehicle Owners Club, Funtasticko

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan Berita Harian, dalam kejadian jam 2.40 petang, pesawat  jenis Beechcraft Model 390…
Berita Domestik
Menurut laporan Harian Metro, kejadian tersebut dipercayai mengorbankan juruterbang dan penumpang,…
Berita Domestik
Sumber Careta memaklumkan SUV elektrik itu kini berada di ibu pejabat Toyota Shah Alam, memberikan…