Namun begitu, hayat Camry masih lagi cukup panjang di pasaran tertentu, dan ia dibuktikan menerusi penemuan model ujian yang sarat dengan kain selubung di sekitar Michigan, seperti yang dilaporkan oleh MotorAuthority.
Sukar untuk menentukan perubahan dari segi rekaan yang bakal dibawakan pada Camry baharu ini.

Namun begitu, terdapat kemungkinan besar ia akan membawakan bahasa rekaan yang diinspirasikan daripada Toyota Crown, di mana unit lampu depan yang lebih tajam diikuti dengan lampu belakang berbentuk bar LED melintang penuh.
Laporan media luar negara turut menyebut aspek praktikaliti yang sinonim dengan sedan Camry terdahulu akan turut dikekalkan, termasuklah ruang kargo yang luas pada bahagian belakang.

Buat masa ini, Toyota Camry ditawarkan dengan tiga pilihan trenkuasa (bergantung kepada pasaran) termasuklah enjin hibrid 2.5 liter 208 hp dan nadi V6 3.5 liter berkuasa 301 hp.
Ada kemungkinan nadi V6 tersebut akan digugurkan daripada senarai dan digantikan dengan nadi 2.4 liter turbo Hybrid Max berkuasa 340 hp seperti yang wujud pada model Crown generasi baharu.
Toyota dijangka akan memperkenalkan Camry generasi kesembilan menjelang akhir tahun ini, sebelum produksi bermula pada separuh pertama tahun 2024 dan dijual sebagai model tahun 2025.
Selain pasaran Amerika Syarikat, Toyota Camry juga akan terus dikekalkan di pasaran China, di mana segmen sedan masih lagi menjadi pilihan utama kebanyakan pengguna di Tanah Besar tersebut.
Sumber: MotorAuthority
Gambar Intip Toyota Camry 2025