Gambar intip - Toyota sedang uji generasi kedua Lexus LFA?

oleh Mohamad Hanif|
Kehadiran 2 unit ujian LFA dikesan sedang mengelilingi litar Nurburgring sedikit menimbulkan kebingungan di kalangan para peminat supercar tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Beberapa gambar intipan menunjukkan dua buah LFA dipakaikan pelekat samaran pada bahagian sisi kiri dan kanan yang menyembunyikan fizikal badan yang telah dilebarkan pada fender hadapan dan belakang, selain terdapat juga tambahan ciri bukaan ruang udara pada bahagian fender belakang. 

Jika dipandang sekilas lalu, unit yang digunakan merupakan unit LFA Nurburgring Edition berdasarkan kepada sayap besar pada bahagian belakang dan juga kehadiran winglet pada bumper hadapan. 
 


Mengikut perancangan asal, Lexus LFA merupakan projek one-off dengan hanya 500 unit produksi sahaja (termasuklah 50 unit LFA Nurburgring) yang dirancangkan oleh Toyota untuk model LF-A dengan unit terakhir keluar dari kilang pada Disember 2012. 

Dengan nadi kuasa 1LR-GUE 4.8 liter bentangan V10, LFA mampu menghamburkan 552 kuasa kuda dan daya kilas 480 Nm, pecutan sepantas 3.6 saat dari 0-100 km/j diiringi dengan nada enjin dan ekzos yang merdu umpama sebuah F1. 

Sekiranya ia bukan bertujuan untuk menguji generasi kedua LFA, besar kemungkinan Toyota sedang menguji spesifikasi dan kesesuaian mekanikal bagi mempersiapkan hypercar hibrid GR Super Sport Concept dengan enjin 2.4 liter V6 twin-turbo yang menghasilkan 986 kuasa kuda. 

Memandangkan hypercar dan supercar LFA berbeza daripada segi platform dan juga layout, maka Toyota mungkin menguji beberapa aspek seperti suspensi, komponen brek, termasuklah gandingan rim dan tayar yang bersesuaian. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Update 1.40 "Spec II" Gran Turismo 7 ini membawakan tujuh model kereta baharu ke dalam permainan,…
Berita Global
Berdasarkan gambar yang sengaja digelapkan itu, terdapat tujuh buah kereta baharu yang bakal…
Berita Global
Pada tahun 2016, bos Lexus Eropah mengesahkan tiada sebarang pengganti untuk model tersebut yang…