Dikenali dengan kod nama Type 133, sedan elektrik itu dikesan sedang diuji di utara Sweden yang penuh bersalji, serta membawakan liveri khas bersempena dengan ulang tahun Lotus yang ke-75.

Biarpun penuh dengan pelekat samaran, Lotus Type 133 itu dilihat membawakan beberapa ciri unik seperti rekaan lampu utama terpisah (seperti yang terdapat pada SUV Eletre), penggunaan kamera sisi dan pemegang pintu tertanam.
Terdapat juga modul LiDAR di bahagian bumbung, sementara unit lampu belakang sementara itu pula berkemungkinan besar akan digantikan dengan bar LED melintang penuh.

Berbanding Taycan dan e-tron GT, Lotus Type 133 itu dilihat mempunyai bentuk badan liftback yang jauh lebih praktikal, dibantu dengan garis bumbung melandai yang menyumbang kepada aspek aerodinamik yang jauh lebih baik, sekaligus mencapai jarak gerak yang lebih jauh.
Spesifikasi penuh sedan elektrik Lotus yang pertama sejak model Lotus Carlton ini masih lagi belum didedahkan buat masa ini.
Namun dalam temubual Autocar bersama pengarah urusan Lotus, Matt Windle, beliau mengesahkan ia bakal menampilkan trenkuasa motor elektrik berkembar dengan kuasa bermula dari 592 hp.
Baca: Lotus Eletre
Sumber: Autocar