Gambar intip: Royal Enfield Scrambler 650 sedang diuji di India

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Satu lagi model yang akan dikuasakan oleh enjin dua silinder selari 648 cc, Royal Enfield Scrambler dikesan sedang diuji di India dengan beberapa perubahan pada rangka badan.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Sebelum ini juga model tersebut telah dikesan sedang diuji di UK, kini syarikat yang bertapak di India itu telah mula menguji model baharu itu di India, menandakan pelancarannya kelak.

Kebanyakan rupa luarannya kelihatan hampir sama dengan beberapa perubahan berbanding model sebelum ini seperti panel sisi yang kelihatan konvensional.

 

Model yang diuji di India (Kiri), model yang diuji di UK (Kanan)
Model yang diuji di India (Kiri), model yang diuji di UK (Kanan)

 

Berbanding bentuk bujur pada model sebelum ini, model ujian itu dilihat menggunakan panel sisi berbentuk segi tiga terbalik yang kelihatan hampir sama seperti pada model Interceptor 650.

Antara penambahan baharu yang dilihat sedang diuji ialah penghadang angin di atas lampu depan, serta fork jenis USD.

Apa yang menariknya, model Scrambler yang sedang diuji itu dilihat menggunakan tetapan sistem ekzos 2-1, dimana ia bakal menjadi model pertama dengan tetapan sistem ekzos tersebut.

 

Sumber: Autocar India

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Royal Enfield Malaysia telah menjadi antara salah satu jenama motosikal yang bekerjasama dengan…
Gaya Hidup
Turut terletak bersebelahan dengan bilik pameran MotorPlex Johor Bahru, pusat 3S Royal Enfield juga…
Pelancaran Motosikal
Menggabungkan gaya roadster dengan karektor Royal Enfield, Hunter 350 nyata menerima sambutan yang…