Gambar intip: Proton X70 buatan Tanjung Malim

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Gambar di atas diperoleh daripada Facebook The Ajerul, dan ia memaparkan sebuah rangka SUV Proton X70 yang baharu sahaja dihasilkan daripada fasiliti pemasangan di Tanjung Malim. 

Seperti yang diberitahu, versi pemasangan tempatan dijangka akan hadir menjelang penghujung tahun ini. 

Ini bermakna, kilang Tanjung Malim sudah bersedia untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran bagi model SUV daripada Geely ini, selain mempersiapkan diri untuk memasang dua buah model terbaharu, iaitu Geely Binyue (SX11) a.k.a Proton X50 dan juga Geely Jiaji (VF11) a.k.a Proton Exora. 

Dari segi spesifikasi, apa yang diperkatakan oleh The Ajerul tidaklah lari jauh dengan informasi yang kami dapatkan daripada rakan media Funtasticko dan Automachi. 

 


Jika versi CBU sebelum ini hadir dengan empat varian sahaja, versi pemasangan Tanjung Malim pula akan hadir dengan enam varian seperti berikut: 

  • Standard 2WD (enjin 1.8 liter TGDi AT)
  • Standard 2WD (enjin 1.5 liter TGDi DCT)
  • Executive 2WD (enjin 1.8 liter TGDi AT)
  • Executive 2WD (enjin 1.5 liter TGDi DCT)
  • Executive AWD (enjin 1.5 liter TGDi DCT)
  • Premium 2WD (enjin 1.5 liter TGDi DCT)

Enjin  4G18TDB 1.8 liter turbo akan dikekalkan untuk penawaran varian Executive dan Standard, manakala varian selebihnya akan hadir dengan enjin 1.5 liter turbo yang digunakan pada Geely Binyue (SX11) dan Geely Jiaji (VF11).
 


Enjin 1.5 liter TGDI ini menghasilkan 177 PS dan daya kilas 255 Nm yang digandingkan dengan transmisi klac berkembar DCT tujuh nisbah kelajuan. 

Atas kertas, enjin 1.5 liter ini nampak seperti kekurangan kuasa jika dibandingkan dengan enjin 1.8 liter (182 hp/285 Nm), namun diharapkan dengan penggunaan transmisi DCT yang lebih cekap itu akan memberikan penggunaan bahan api yang lebih baik. 


Kami menjangkakan pengenalan X70 CKD dengan enjin 1.5 liter itu tidak akan mengalami penurunan harga yang sangat ketara, namun ia akan hadir dengan lebih aksesori dan menjadikan SUV segmen C itu satu pembelian yang sangat berbaloi untuk setiap wang ringgit yang dibelanjakan.

Setakat ini tiada sebarang berita lanjut berkenaan spesifikasi akhir Proton X70 CKD, tunggu dan lihat sahaja bagaimana Proton mahu menawarkan SUV versi pemasangan tempatan ini kepada rakyat marhaen. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Difahamkan, suami mangsa sedang menjalankan urusan jual beli manakala kedua-dua mangsa berada dalam…
Berita Domestik
Pay & Go merupakan aplikasi pembayaran pintar tempatan dari Sarawak yang boleh digunakan untuk…
Berita Domestik
Ia sudah boleh ditempah di semua pusat pengedar Proton bermula 4 Julai 2023. Proton X70 Premium X…