Gambar intip: Pengganti Preve, Proton S50 dikesan sedang diuji

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Baru-baru ini, gambar intip dari Fazrul Nasir dalam hantaran Facebook The Ajerul sekali lagi menunjukkan sebuah sedan yang sedang diuji oleh Proton dipercayai bakal menjadi pengganti untuk model Preve.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Sedan yang diuji tersebut mungkin akan dikenali sebagai Proton S50 dan diasaskan dari sebuah model Geely Emgrand,

 

2

 

Unit yang diuji tersebut dilihat menggunakan nombor plat perdagangan sama seperti yang dikesan beberapa kali sebelum ini.

Unit yang diuji tersebut juga dilihat sebagai sebuah unit pemanduan sebelah kanan (RHD), ini mungkin petanda bahawa S50 akan diperkenalkan tidak lama lagi.

 

3

 

Untuk pasaran China, Geely Emgrand dikuasakan oleh enjin 1.5 liter NA menghasilkan 114 HP dan 147 Nm. Namun jika ianya dilancarkan untuk pasaran Malaysia, ianya mungkin bakal dikuasakan oleh enjin 1.5 TGDI buatan kilang Tanjung Malim.

Setakat ini, masih belum ada apa-apa berita rasmi dari Proton berkenaan model yang akan dilancarkan pada tahun akan datang.

 

4

 

Tahun ini Proton telah memasang 10,000 unit enjin 1.5 TGDI, menurut Proton enjin yang dihasilkan dari kilang tersebut akan dipasang ke beberapa model selain X70 dan X50.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penganalisis RHB Research, Syahril Hanafiah menjelaskan sebanyak 28 unit sedan Proton (kod nama…