Gambar intip: model ujian Toyota Corolla Cross dikesan di Malaysia!

oleh Mohamad Hanif|
Awal bulan yang lalu, Toyota telah melancarkan sebuah lagi model baharu dalam keluarga Corolla, dinamakan sebagai Corolla Cross.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Ia dibangunkan berdasarkan platform TNGA-C, pelantar yang sama digunakan bagi model Corolla sedan, Toyota Prius, dan juga crossover C-HR. 

Terdapat kemungkinan besar bahawa model tersebut bakal memasuki pasaran Malaysia, berdasarkan gambar intipan model ujian yang diperoleh daripada pembaca Careta, Faizal Zahari. 
 


Lokasi di mana model tersebut dikesan dirahsiakan, namun berdasarkan pengamatan ringkas terhadap bentuk lampu dan garis badan, ia sememangnya model Corolla Cross yang baharu sahaja dilancarkan di Thailand tempoh hari. 

Dari segi dimensi, ia membawakan ukuran 4,460 mm panjang, 1,825 lebar dan 1,620 mm tinggi dengan jarak antara roda (wheelbase) sepanjang 2,640 mm.
 


Dari segi perbandingan, Toyota Corolla Cross ternyata duduk di tengah-tengah antara Toyota C-HR (4,360 mm x 1,795 mm x 1,565 mm) dan Toyota RAV4 (4,600 mm x 1,855 mm x 1,655 mm) yang dibangunkan dari platform TNGA-K.

Crossover Corolla ini didatangkan dengan nadi 1,798 cc 2ZR-FBE yang menghasilkan 140 PS dan 177 Nm yang memacu roda hadapan, serta model hibrid dengan enjin 2ZR-FXE (98 PS/142 Nm) yang dipadankan motor elektrik (72 PS/163 Nm) menghasilkan output keseluruhan 122 PS.

Model aspirasi natural itu tadi menerima transmisi CVT-i manakala model hibrid pula dipasang dengan transmisi CVT elektrik.
 


Toyota mendakwa, dengan penggunaan casis yang ringan, model Corolla Cross NA itu tadi mampu mencapai penggunaan bahan api serendah 6.5 liter/100 km manakala model hibrid lebih jimat, serendah 4.3 liter untuk setiap 100 km.

Setakat ini,  masih terlalu awal untuk menentukan bilakah Corolla Cross bakal dilancarkan untuk pasaran Malaysia. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Terbaharu, laman Drive AU melaporkan Toyota telah mendaftarkan tanda dagang "Land Cruiser FJ" di…
Pelancaran
Tidak seperti Corolla Cross yang dipasang di kilang Malaysia, Corolla Cross GR Sport ini merupakan…
Berita Global
Keberkesanan sistem trenkuasa tersebut telah dibuktikan menerusi perlumbaan Super Taikyu Series 24…